Setiap pengguna kenderaan sama ada kereta atau motosikal di jalan raya mesti pernah mengalami situasi di mana sering bertembung dengan kenderaan ambulans yang dihidupkan sekali dengan beberapa jenis bunyi siren ambulans.
Punca Dan Cara Merawat Jerawat Yang Timbul Sebab Pakai Face Mask
Kita berpendapat bahawa kemungkinan ambulans ini dalam perjalanan ke kawasan kemalangan jalan raya atau ke hospital. Namun begitu tahukah anda bahawa sebenarnya terdapat dua jenis bunyi siren ambulans yang berlainan dan membawa maksud lain-lain?
Satu perkongsian dari Twitter @jalalmisai menceritakan perbezaan tentang bunyi-bunyi siren ambulans ini menerusi satu video. Dalam rakaman video tersebut, terdapat seorang penjawat awam yang ditugaskan dalam bidang tersebut.
Bagi anda yang tidak tahu, kedua-dua jenis bunyi ini akan digunakan dalam situasi yang berbeza dimana bunyi siren yang pertama adalah untuk membawa pesakit yang stabil manakala bunyi siren yang kedua pula adalah ketika membawa pesakit yang kritikal dan memerlukan bantuan dengan kadar segera.
Lagi info berguna dari TikTok. Kenapa bunyi siren ambulans ada 2 jenis. ? pic.twitter.com/roFE2zpVsz
— Pakcik 1 #RakyatJagaRakyat (@jalalmisai68) November 12, 2020
Sumber: Twitter @jalalmisai