Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan jenis rambut lelaki dan jenis rambut perempuan. Jenis jenis rambut lelaki dan jenis jenis rambut perempuan serta jenis rambut botak dan jenis rambuat rosak disediakan.
Artikel lain: Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Mudah & Cepat
Jenis Rambut
Berikut adalah jenis jenis rambut lelaki dan juga jenis jenis rambut perempuan.
Jenis Rambut Lelaki Dan Perempuan
Berikut adalah jenis rambut lelaki dan perempuan yang perlu anda tahu yang dikongsikan oleh artikel asal di Hello Doktor.
Rambut Lurus
Rambut lurus mencerminkan rambut yang paling lembut dan kuat berbanding jenis-jenis rambut yang lain.
Rambut ini adalah paling susah untuk rosak kerana cecair sebum daripada kelenjar di kulit kepala mudah tersebar sehingga hujung rambut, memberikan perlindungan yang baik kepada rambut.
Ia juga sukar untuk menjadi kerinting dan merupakan jenis yang paling berminyak.
Rambut Beralun
Jenis rambut ini adalah bergelombang dan mempunyai tekstur antara rambut lurus dan kerinting.
Ia lebih cenderung menjadi kerinting berbanding rambut lurus.
Jika alunannya sederhana, ia mudah digayakan. Namun, alunan yang kasar agak susah digayakan dan memerlukan syampu dan gel yang sesuai untuk melembutkan teksturnya.
Rambut Ikal Mayang
Rambut ini adalah sangat unik dan mungkin antara yang paling cantik, terutamanya bagi wanita.
Ia bermula lurus daripada kulit kepala dan beralun di hujungnya.
Tidak kurang juga mereka yang mendapatkan rawatan salon demi mendapatkan gaya rambut ini.
Rambut Kerinting
Rambut kerinting adalah rambut yang mempunyai bentuk huruf ‘S’, atau kadangkala berbentuk huruf ‘Z’.
Kebiasaannya, ia adalah tebal, tergantung kepada cuaca dan mudah rosak. Jika tidak dijaga dengan betul, sifat kerintingnya akan berkurang.
Sebaliknya, jika dijaga dengan baik, ia akan menjadi gaya rambut menarik yang hanya boleh digayakan oleh pemilik rambut kerinting sahaja.
Sumber: Hello Doktor