Pada zaman kini, ramai memilih untuk beli barang secara online menerusi Shopee atau Lazada. Dari segi pemilihan courier yang dipercayai untuk menghantar barang order online, ramai yang memilih JNT (J&T Express) kerana servis mereka yang beroperasi setiap hari tanpa cuti. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan cara track jnt express lokasi barang yang anda order. JNT track boleh dilakukan sekiranya anda punyai JNT tracking no.
Tips lain: Cara Check Balance Umobile (Check Baki Umobile Kredit, Data)
JNT Track
JNT Tracking No
Sebelum anda boleh Tract & Trace JNT, anda hendaklah punyai JNT tracking number yang boleh didapati dari order details di Shopee. Jika anda tidak tahu, anda boleh minta bantuan dari seller Shopee tersebut. Ikuti langkah bawah untuk J&T tracking.
JNT Tracking
Cara mudah untuk track lokasi barang JNT anda, anda boleh pergi ke laman web JNT tracking malaysia di https://www.jtexpress.my/tracking/. Anda akan lihat laman seperti di bawah:
Setelah anda sampai ke laman ini, caranya amat mudah dimana dengan berbekalkan jnt tracking number malaysia tersebut, anda cuma perlu masukkan ke dalam kotak carian di bawah Track and Trace JNT dan tekan Go.
Jika barang sudah daftar masuk dalam system JNT, anda akan lihat paparan seperti di bawah yang menunjukkan lokasi barang jnt anda.
Mudah bukan? Selamat mencuba.
Sumber: JNT Express