Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara buat kabinet dapur DIY murah dan kabinet dapur DIY jimat yang boleh anda ikuti.
Artikel lain: 12 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk
Cara Buat Kabinet Dapur DIY
Berikut adalah panduan cara buat kabinet dapur DIY yang dikongsikan oleh artikel asal dari laman 3 Cara Buat Kabinet Dapur DIY, Sungguh Jimat – Bidadari.My
Cara Buat Kabinet Dapur DIY
Menurut laman Bidadari.my, bagi sesiapa yang mempunyai kekangan kewangan tetapi inginkan kabinet idaman, anda boleh membuatnya sendiri. Apa yang diperlukan ialah kerajinan, kreativiti, kesabaran dan modal yang cukup rendah.
Buat bingkai kabinet
Pertama sekali buat bingkai atau kerangka kabinet. Anda memerlukan kayu 1×2. Untuk bahagian kiri dan kanan dinding setiap rak, anda memerlukan papan plywood nipis. Manakala, bagi rak yang berada pada bahagian paling depan dan belakang, anda kena guna plywood tebal.
Buat pintu kabinet
Anda perlu membuat bingkai halus pada pintu kabinet terlebih dahulu selepas diukur. Kemudian, tampal plywood nipis. Jadinya, bingkai tersebut akan berada di depan. Tujuan menampal bingkai halus untuk mencantikkan lagi kabinet anda.
Pasang pintu kabinet
Apabila anda sudah menyiapkan bahagian pintu, cuba pasang dulu. Adjust dan baiki bahagian yang terlebih atau terkurang. Jika semuanya sempurna, anda boleh pasang engsel dan magnet.
Menggunakan plaster skim coat
Langkah seterusnya ialah gunakan plaster skim coat untuk menutup lubang-lubang pada kayu. Tujuannya ialah permukaan papan akan lebih licin dan tidak kesat. Ia juga akan memudahkan proses mengecat nanti.
Setelah siap gunakan plaster skim coat, jemur papan-papan tersebut hingga kering. Setelah itu, gunakan kertas pasir untuk melicinkan lagi bahagian yang tidak rata.
Menggunakan cat undercoat
Sebelum dicat menggunakan warna pilihan, gunakan cat undercoat untuk mencantikkan lagi kemasan cat anda. Tujuannya supaya permukaan kayu menjadi lebih licin, warna cat tidak mudah tertanggal dan berkulat.
Setelah dicat, jemur sehingga benar-benar kering. Kemudian, gosok dengan kertas pasir sekali lagi.
Menggunakan cat warna
Pilih cat warna yang mempunyai kemasan gloss finish. Ia akan lebih kilat dan cantik. Selepas dicat, biarkan sehingga betul-betul kering. Barulah nanti boleh dipasang.
Bahagian dalam kabinet
Untuk bahagian dalam kabinet, gunakan cat berwarna putih. Jika tidak mahu cepat nampak kotor, anda boleh pilih warna yang sedikit gelap.
Aksesori tambahan
Bagi yang hendak menyangkut alatan dapur di dalam kabinet, anda boleh memikirkan idea yang kreatif. Begitu juga dengan tombol atau pemegang pintu kabinet. Terdapat pelbagai jenis di pasaran. Anda boleh pilih yang mana suka.
Sumber: 3 Cara Buat Kabinet Dapur DIY, Sungguh Jimat – Bidadari.My