Cara Cetak Penyata Akaun Bank Islam Online Tanpa Ke Kaunter

Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan cara cetak penyata bank islam online tanpa ke kaunter.

Artikel lain: Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank Online (e-Statement)

Penyata Akaun Bank Islam

Berikut adalah info mengenai cara cetak penyata bank islam yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Cara Cetak Penyata Akaun Bank Islam Online Tanpa Ke Kaunter (ecentral.my)

Apa itu Penyata Akaun

Penyata akaun merujuk kepada mana-mana dokumen yang menunjukkan ringkasan rasmi akaun di mana sahaja akaun itu dipegang.

Contohnya, syarikat insurans mungkin menyediakan penyata akaun yang meringkaskan nilai tunai yang telah dibayar.

Penyata akaun boleh dijana untuk hampir semua jenis akaun termasuk akaun pembayaran dalam talian seperti PayPal, akaun kad kredit, akaun pembrokeran dan akaun simpanan.

Untuk penyata Bank Islam, anda boleh melihat:

  1. Jumlah aliran keluar masuk duit anda
  2. Sumber duit
  3. Jenis perbelanjaan
  4. Tarikh aliran keluar masuk duit anda

Cara langgan dan aktifkan e-Statement / e-Penyata Akaun Bank Islam

Sekiranya anda baru pertama kali mahu mendapatkan penyata akaun secara online (dipanggil e-Statement), anda perlu melanggan atau mengaktifkannya terlebih dahulu.

  1. Log masuk akaun Bank Islam anda di https://www.bankislam.biz/
  2. Klik My Accounts
  3. Klik e Statement, kemudian Download
  4. Pilih Maintenance
  5. Klik pada kotak pengesahan Terma dan Syarat
  6. Klik pada butang Proceed
  7. Account/Card yang diingini
  8. Masukkan emel (penyata akaun akan dihantar ke emel ini setiap bulan)
  9. Klik pada butang Proceed
  10. Klik link Request i-Access Code
  11. Masukkan kod yang dihantar ke telefon pintar anda untuk pengesahan
  12. Klik Confirm

Cara dapatkan penyata bank islam online

Untuk mendapatkan penyata Bank Islam secara online, anda perlulah terlebih dahulu telah mengaktifkan akaun perbankan internet Bank Islam anda.

Kemudian, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk akaun Bank Islam anda di https://www.bankislam.biz/
  2. Klik My Accounts
  3. Klik e Statement, kemudian Download
  4. Pilih Account/Card yang diingini
  5. Pilih bulan penyata kewangan yang ingin dimuat turun
  6. Klik buka untuk melihat penyata akaun
  7. Kemudian, klik Save untuk memuat turun penyata Bank Islam anda

Untuk cetak penyata akaun tersebut, buka fail yang telah dimuat turun di komputer anda dan cetak seperti biasa.

Sumber: Cara Cetak Penyata Akaun Bank Islam Online Tanpa Ke Kaunter (ecentral.my)