Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara Aktifkan Kad Debit Bank Islam yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Cara Aktifkan Kad Debit Bank Islam (ecentral.my)
Lain: Waktu Operasi Bank Islam Terkini
        Isi Kandungan                    
                Tunjuk            
            
Cara Aktifkan Kad Debit Bank Islam
Secara umumnya, terdapat 2 cara untuk mengaktifkan kad anda iaitu:
- Secara dalam talian atau online
 - Melalui panggilan khidmat pelanggan
 
Pengaktifan Kad Debit Bank Islam secara online
Kaedah pertama ini sangat mudah anda hanya perlu memastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil. Kemudian ikuti langkah-langkah mudah berikut:
- Layari alamat https://cif.bankislam.com.my/CNP/
 - Isikan segala maklumat dan butiran dalam halaman tersebut antaranya:
- CUSTOMER NAME
 - NRIC NO.(NEW)
 - DEBIT CARD NO
 - VALID THRU (CARD EXPIRY DATE)
 - LAST TRANSACTION
 - MOTHER MAIDEN NAME
 - MOBILE NO.
 
 - Kemudian, pada bahagian pilihan pengaktifan anda boleh memilih untuk menngaktifkan fungsi transaksi online, transaksi luar negara atau kedua-duanya.
 - Masukkan tarikh mula pengaktifan dan tarikh tamat pengaktifan
 - Masukkan Word Verification seperti yang tertera pada imej CAPTCHA untuk pengesahan
 - Tandakan pada kota terma dan syarat sebagai tanda persetujuan
 - Klik pada butang SUBMIT
 
Pengaktifan Kad Debit Bank Islam melalui talian khidmat pelanggan
Sebagai alternatifnya, anda boleh menghubungi terus bahagian Khidmat Pelanggan Bank Islam untuk proses pengaktifan ini. Caranya:
- Hubungi talian 03-26 900 900.
 - Maklumkan kepada pegawai bertugas anda ingin mengaktifkan kad anda
 - Pegawai tersebut akan meminta beberapa butiran daripada anda untuk tujuan pengesahaan
 - Selesai
 
Sumber: Cara Aktifkan Kad Debit Bank Islam (ecentral.my)