Pada yang telah mendapatkan suntikan vaksin, anda akan diberikan kad vaksin fizikal dan juga kad vaksin digital di MySejahtera. Terkini, Google juga menawarkan fungsi sama dimana membenarkan pengguna Android untuk menyimpan kad vaksin didalam peranti mereka sendiri.
Dengan update terkini Passes API, ianya membolehkan maklumat vaksinasi di simpan ke dalam telefon melalui imbasan kod QR, seterunya memudahkan pengguna menunjukkan bukti bahawa mereka sudah divaksin.
Untuk menggunakan fungsi baharu ini, peranti tersebut sekurang-kurangnya menjalankan Android 5 dan ke atas dan diperakui Play Protect.
Malangnya buat masa sekarang, fungsi ini hanya ditawarkan di Amerika Syarikat. Diharapkan negara lain termasuk Malaysia akan turut diperkenalkan dengan fungsi ini.
Dalam kad vaksin tersebut akan memaparkan maklumat seperti nama penerima, dos diambil, tarikh menerima vaksin serta nama pemberi vaksin.
Pengguna tidak perlu risau berkaitan privasi kerana Google menyatakan data pengguna hanya disimpan di dalam telefon sahaja. Jika mahu menyimpan kad vaksin di peranti lain, mereka perlu berbuat secara manual, iaitu imbasan kod QR semula.
Tambahan lagi, kata laluan atau pin atau pengesahan biometrik diperlukan sekiranya pengguna mahu mengakses kad vaksin yang disimpan itu.
Sumber: Wiser.my