Kata Ganda : Jenis & Contoh Ayat

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Kata Ganda : Jenis, contoh ayat & penggunaannya yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Kata Ganda: Jenis,Contoh dan Penggunaannya – Info Pelajar

Berkaitan: Kata Kerja

Kata Ganda

Kata Ganda adalah kata yang digandakan, sama ada sebahagian atau seluruhnya.

Jenis Kata Ganda

Jenis Kata Ganda adalah seperti berikut:

Kata Ganda Seluruh

  • Definisi: Kata dasar yang digandakan seluruhnya.
  • Bentuk: Kata nama, kata adjektif, kata kerja, atau kata keterangan.
  • Penggabungan: Digabungkan dengan tanda sempang (-).
  • Contoh:
    • Gandaan kata nama: buku-buku, kereta-kereta
    • Gandaan kata kerja: jalan-jalan, pandang-pandang
    • Gandaan kata adjektif: awal-awal, bulat-bulat
  • Contoh ayat: “Tempat letak kereta di pasaraya itu dipenuhi dengan kereta-kereta mewah.”

Kata Ganda Penuh

  • Definisi: Mempunyai makna yang khusus.
  • Bentuk: Sama seperti kata ganda seluruh tetapi membawa maksud tunggal atau jamak.
  • Contoh: biri-biri, kanak-kanak, kupu-kupu
  • Contoh ayat: “Kupu-kupu yang ada di taman itu sangat cantik dan mempersonakan.”

Kata Ganda Separa (Separuh)

  • Definisi: Terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
  • Bentuk: Terdiri daripada kata nama yang memberi maksud kepada benda atau konsep.
  • Contoh: cecair, kekunci, lelangit
  • Contoh ayat: “Cecair pekat yang mengalir dari bawah kereta itu masih tidak diketahui puncanya.”

Kata Ganda Bersajak atau Berima

  • Definisi: Mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) apabila digandakan.
  • Contoh:
    • Persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah
    • Persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai
    • Penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik
  • Contoh ayat: “Lelaki yang berpakaian compang-camping itu kelihatan mundar-mandir di hadapan rumah.”

Kata Ganda Berimbuhan

  • Definisi: Terhasil dengan membubuh imbuhan di mana-mana tempat dalam kata ganda.
  • Contoh:
    • Imbuhan awalan di awal kata: tergesa-gesa, berpura-pura
    • Imbuhan awalan selepas tanda sengkang: tahu-menahu, kejar-mengejar
    • Imbuhan akhiran di akhir kata: barang-barangan, terang-terangan
    • Apitan seluruh kata ganda: tergila-gilakan, menghuru-harakan
  • Contoh ayat: “Sejak zaman sekolah Zarul memang tergila-gilakan Zati.”

Sumber: Kata Ganda: Jenis,Contoh dan Penggunaannya – Info Pelajar