Kata Pemeri : Maksud & Contoh Ayat

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Kata Pemeri : Maksud & Contoh Ayat

Lain: Kata Adjektif : Maksud, Jenis & Contoh Ayat

Takrifan Kata Pemeri

Kata pemeri ialah kata yang berfungsi sebagai penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam ayat.

Kata ini juga berfungsi sebagai penegas predikat sesuatu ayat.

Namun, kata ini tidak perlu digunakan jika predikat ayat ialah frasa kerja.

Jenis Kata Pemeri

Terdapat 2 jenis kata ini iaitu:

  • Ialah: diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama. Ia juga turut digunakan untuk menunjukkan persamaan.
  • Adalah: diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ia menunjukkan huraian atau keterangan.

Contoh Ayat Kata Pemeri

Contoh kata pemeri boleh dilihat menerusi ayat di bawah:

i) Ialah

  • “Rumah banglo mewah ini ialah rumah Datuk Hamzah”- Dalam ayat ini perkataan ialah diletakkan di hadapan frasa nama iaitu rumah Datuk Hamzah.
  • “Bungkusan hadiah itu ialah daripada kenalan barunya itu”- Perkataan ialah dalam ayat ini diletakkan di hadapan frasa nama iaitu kenalan barunya.

ii) Adalah

  • “Siti adalah anak emas kepada pasangan Datin Lily dan Dato’ Munir”- Anak emas merupakan frasa adjektif yang diletakkan di hadapan perkataan ialah.
  • “Arahan itu adalah daripada Ketua Jabatan Perolehan.”- Perkataan adalah dalam ayat ini diletakkan di hadapan frasa sendi nama iaitu daripada.

Diharapkan info mengenai kata pemeri di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Kata Pemeri: Takrifan & Contoh Ayat (ecentral.my)