Maksud Crush Dalam Bahasa Melayu

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan apa itu crush, maksud crush, maksud crush dalam bahasa melayu dan maksud crush dalam percintaan.

Tips lain: Ini Tanda & Punca Kenapa Perempuan Tawar Hati Dengan Lelaki

Maksud Crush

Maksud Crush Dalam Bahasa Melayu

Generasi muda sering mengungkapkan perkataan ‘crush’ dalam kehidupan. Apa itu crush? Dalam maksud yang mudah ialah crush bermaksud seseorang yang diminati atau disayangi secara rahsia, yakni individu yang dimaksudkan cursh itu tidak mengetahui ada individu yang meminati dan tertarik kepadanya.

Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya

Crush itu lumrah dalam kehidupan remaja. Ada yang sekadar satu perasaan yang lahir secara tiba-tiba dan mungkin juga akan hilang begitu sahaja untuk tempoh masa tertentu. Namun, ada yang parah sehingga mengambil masa bertahun-tahun yang hanya terpendam di dalam hati.

Keberanian perlu ada untuk memberitahu atau berterus terang. Kalau tiada keberanian, tidak kisahlah apapun alasan, elok lupakan sahaja. Jangan bebankan perasaan dan minda kepada crush yang anda sendiri tidak berani untuk menyatakan kebenarannya.

Jika tiada keberanian untuk berterus-terang, bermakna ada tidak akan ada peluang. Kalau begitu, elok lupakan sahaja rasa sayang dan kasih itu.

Kalau ada crush, beranikan diri untuk berterus-terang. Tukarkan crush kepada kekasih yang nyata. Kalau sudah berterus-terang dan keinginan anda ditolak, maka terimalah kenyataan. Dia bukan untuk anda dan tidak perlu lagi dijadikan dia crush.

Sumber: Biroteguhnegara