Ini Tanda & Punca Kenapa Perempuan Tawar Hati Dengan Lelaki

Penting kepada anda sebagai lelaki untuk ketahui tanda dan punca kenapa perempuan tawar hati dengan anda. Selalunya, apabila orang perempuan ini terasa hati atau tawar hati, dia tak akan marah tetapi dia rela diam seribu bahasa.

Tips kesihatan lain: Senarai Khasiat Minyak Zaitun Termasuk Kuruskan Badan

Tawar Hati

Berikut adalah tanda perempuan tawar hati dan punca perempuan tawar hati dengan pasangan.

Tawar Hati In English

Tawar hati in english adalah disheartened.

Kenapa Perempuan Tawar Hati

Kemungkinan ada tiga golongan lelaki yang termasuk dalam kategori yang perempuan tawar hati:

  1. Suami
  2. Tunang
  3. Kawan / Teman Lelaki / Boyfriend

Tawar hati maksud di sini adalah hilangnya atau kurangnya perasaan cinta oleh seseorang terhadap pasangannya.

Perempuan Tawar Hati Ketahui Lelaki Curang

Kepada anda lelaki yang belum berkahwin ataupun belum, menjadi lelaki curang bukanlah satu perlakuan yang baik. Bila anda curang, macam-macam perkara bermain dalam fikiran mereka di mana akhirnya, mereka akan minta untuk berpisah.

Perempuan Tawar Hati Dengan Lelaki Suka Menipu

Ada antara perempuan yang sanggup dan masih bersama dengan lelaki penipu disebabkan oleh rasa sayang. Walaupun ditipu beberapa kali, perempuan tawar hati tapi masih sayang. Ini boleh menjadikan perempuan tersbut untuk berasa tawar hati kemudian hari.

Lelaki Tidak Serius Dalam Perhubungan

Sebagai lelaki, kalau anda betul-betul sukakan seorang perempuan itu, digalakkan untuk anda terus jumpa ibu dan ayah dia untuk minta izin jadikan perempuan tersebut sebagai isteri anda. Perempuan tidak mahu hubungan yang tidak serius (hanya sekadar couple sahaja).

Perempuan Tawar Hati Dengan Lelaki Ego

Perempuan akan mula terasa hati jika pasangannya mempunyai ego yang tinggi di mana asyik dia sahaja yang betul.

Perempuan Tawar Hati Dengan Lelaki Banyak Hutang

Selepas kahwin atau sebelum kahwin, penting untuk lelaki pandai menguruskan kewangan supaya duit dapat disimpan pada setiap bulan hasil daripada gaji yang diterima. Perempuan mudah tawar hati dengan suami jika pasangannya buat pinjaman sana sini untuk melangsaikan hutang.

Perempuan Tawar Hati Kerana Selalu Kena Marah

Kalau sekali kena marah, mungkin perempuan itu anggap dia melakukan kesalahan. Jika banyak kali dimarahi, kemungkinan besar perempuan itu akan mula tawar hati kerana takut melakukan kesilapan.

Perempuan Tawar Hati Kerana Selalu Diabaikan

Bagi perempuan, rasa diabaikan ini lebih teruk dari kena marah kerana jika kena marah, sekurang-kurangnya pasangan tersebut masih bercakap dengan mereka. Tetapi bila diabaikan, pasangan tersebut buat tidak tahu sahaja bila depan mereka.

Sumber: Therohani