Kenapa Kucing Bersin

Kucing kesayangan anda kerap bersin? Ketahui sebab kenapa kucing bersin

Kenapa Kucing Bersin

Kenapa Kucing Bersin : Apa itu kucing bersin

Kucing bersin adalah pengeluaran bentuk udara melalui mulut dan hidung kucing. Kadang-kadang sejumlah cecair juga akan tersembur keluar. Warna cecair boleh jadi dari warna clear, berwarna darah, kuning atau hijau sekiranya terdapat jangkitan

Bersin kucing adalah jarang terjadi, bersin tersebut akan melegakan kegatalan di dalam hidung kucing. Namun begitu, bersin yang terlalu kerap akan terjadi bersama simptom lain yang boleh menunjukkan masalah kesihatan yang lebih besar.

Bersin yang berlebihan akan menyebabkan kucing tidak berselera untuk makan dan boleh menyebabkan kucing kelihatan dalam keadaan letih.

Kenapa Kucing Bersin : Punca bersin

Antara sebab utama kucing bersin adalah kerana jangkitan pada upper respiratory tract kebiasaanya dari virus seperti herpesvirus dan feline calicivirus. Kedua-dua virus ini adalah boleh menjangkiti kucing lain tetapi tidak pada manusia. Stress pada kucing boleh menyebabkan kucing senang dijangkiti.

Sama seperti selsema dan demam pada manusia, rawatan yang diberikan adalah untuk mengawal simptom yang dialami oleh kucing. Jangkitan viral boleh menyebabkan terjadi secondary bacterial infections yang boleh dirawat menggunakan antibiotik. Jangkitan fungal boleh juga terjadi di dalam hidung tetapi sangat jarang.

Tidak seperti manusia, alergik adalah sesuatu yang jarang terjadi pada kucing. Tetapi jika kucing anda terhidu sesuatu yang menggatalkan hidung, kucing akan bersin. Antara bau yang boleh menyebabkan alergik adalah bau rokok, habuk dari cat litter, perfume, semburan cucian, kulat, habuk, debunga dan mungkin juga lilin. Perhatikan masa bersin kucing dan lihat penyebab adakah anda baru lepas mengemaskan rumah atau ada menukar cat litter. Punca lain sebab kucing anda bersin adalah jangkitan pada akar gigi yang seterusnya mengalir ke sinus kucing, atau menghidu objek asing seperti rumput atau berkemungkinan ada ketumbuhan di dalam hidung walaupun kes ini jarang berlaku.

Sebab Kucing Bersin : Apa Perlu Buat

Pastikan kucing anda sudah mendapat vaksin terhadap virus yang boleh menjangkiti kucing anda. Jika kucing anda jarang bersin, perhatikan dahulu beberapa hari selepas terjadi bersin sekiranya berlaku kekerapan. Sekiranya bersin menjadi serius seperti bersin berdarah, susah bernafas, hingus berlebihan, mata berair, keletihan, batuk, atau jarang makan, sila berjumpa dengan veterinar anda secepat mungkin. Kebanyakkan kes adalah boleh dirawat dan kucing anda akan berasa lebih baik.

Sumber : Kucing