Punca Kucing Cirit Birit & Cara Merawat Kucing Cirit Birit

Adakah anda memiliki kucing cirit birit berpanjangan tanpa henti? Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai kepada kenapa kucing cirit birit & anak kucing cirit birit serta cara merawat kucing cirit birit termasuk ubat kucing cirit birit yang sesuai.

Artikel berkaitan: Senarai Baka Kucing & Jenis Kucing Yang Perlu Anda Tahu

Kucing Cirit Birit

Berikut adalah informasi mengenai cirit birit kucing.

Punca Kucing Cirit Birit

Berikut adalah punca kucing cirit birit yang dikongsikan oleh themamamiaow.

Perubahan diet

Sebarang perubahan makanan tak kiralah snek, supplement atau permainan yang boleh dimakan merupakan salah satu punca anak kucing boleh cirit lebih lebih lagi anak kucing mempunyai sistem pencernaan yang sangat sensitif.

Kesan ubat ubatan

Walaupun diperlukan namun kesan ubat ubatan seperti anitibiotk dan ubat penahan sakit selalu mempunyai kesan sampingan terhadap anak kucing anda.

Parasit usus

Selalu disebut sebagai cacing, parasit usus mendiami usus anak kucing dan juga haiwan lain. Kadangkala ada cacing dan telurnya akan keluar melalui najis.

Tekanan persekitaran

Jangan kata manusia, kucing pon boleh berasa tekanan. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai tanda tanda kucing stress.

Keracunan

Anak kucing tersangatlah curios (sifat ingin tahu) dan akan mengunyah sesuatu yang tidak sepatutnya kunyah. Kadangkala bahan yang dikunyah anak kucing merupakan toksin dan boleh mengakibatkan cirit.

Masalah penghadaman dan penyakit berkaitan

Terdapat pelbagai penyakit dan masalah yang berkaitan dengan usus termasuklah masalah penyerapan, masalah kekurangan vitamin dan sebagai yang boleh mengakibatkan cirit.

Simptom Cirit Birit Kucing

Cirit ni semua tahulah kan najis yang cair, dan akan mengakibatkan anak kucing mengalami dehidrat dan lemah.

Cara Merawat Kucing Cirit Birit

Berikut adalah cara merawat kucing cirit birit termasuk ubat tradisional untuk kucing cirit birit.

Lakukan perubahan diet secara berkala

Pastikan perubahan makanan dilakukan secara berkala dan perlahan iaitu dengan mencampurkan makanan yang sebelum ini dengan makanan yang baru. Secara perlahan tambahkan kuantiti makanan baru selama seminggu sehingga anak kucing anda dapat mengikuti perubahan ini.

Gunakan probiotik

Jika anak kucing anda dalam antibiotik, rawatan imi bukan hanya membunuh bakteria yang ada dalam badan namun membunuh sekali bakteria bagus dalam sistem anak kucing anda. Bertanyakan kepada veterinar anda terlebih dahulu sekiranya probiotik diperlukan untuk anak kucing anda dalam membantu masalah ususnya.

Beri ubat cacing

Berikan ubat cacing kepada anak kucing anda setiap bulan untuk menghapuskan cacing yang ada di dalam ususnya.

Sumber: themamamiaow