Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai sebab kenapa kucing tidak mau makan & cara atasinya dengan mudah dan berkesan.
Lain: Kenapa Kucing Suka Gigit
Kenapa Kucing Tidak Mau Makan
Terdapat banyak sebab kenapa kucing tidak mau makan. Berikut adalah beberapa kemungkinannya.
Kenapa Kucing Tidak Mau Makan : Masalah Mulut & Gigi
Kucing juga punyai masalah mulut dan gigi yang membuatkan mereka rasa sakit dan tidak selesa. Keadaan ini membuatkan proses makan dan mengunyah terganggu dan kucing anda enggan makan.
Mulut kucing yang cedera seperti gusi bengkak, gigi patah dan sebagainya juga boleh menyebabkan kucing anda menolak untuk makan.
Masalah sistem penghadaman
Ada beberapa penyakit yang boleh membuatkan kucing anda hilang selera untuk makan, seperti parasit, colitis, gastroenteritis, atau kanser.
Masalah cacing kucing juga boleh membuatkan mereka rasa tidak selesa pada perut kemudian membuatkan kenapa kucing tidak mau makan.
Masalah Pernafasan
Kucing memilih makanan berdasarkan bau tersebut. Apabila mereka punyai masalah pernafasan, ianya boleh menyebabkan kucing hilang deria bau dan membuatkan mereka hilang selera makan.
Penyakit buah pinggang
Biasanya, ia berlaku kepada kucing tua. Penyakit ini boleh menyebabkan simptom seperti kucing tak nak makan dan muntah-muntah.
Kucing sudah kenyang
Kadang-kadang, jawapan mengapa kucing anda enggan makan cukup mudah. Mungkin hanya kerana mereka sudah kenyang.
Diharapkan info mengenai kenapa kucing tidak mau makan dapat memberikan anda maklumat baru.
Sumber: Kucing Tak Nak Makan? Mengapa & Tips Mengatasinya (oyen.my)