Kerajaan Umum Bantuan Kredit Telekomunikasi RM180 Setiap Seorang Bermula Suku Pertama 2021

Menerusi Bajet 2021, kerajaan telah mengumumkan inisiatif baru iaitu Program Jaringan PRIHATIN.

Bermula suku pertama 2021, kerajaan akan memberikan bantuan kepada lebih kurang 8 juta penerima dari golongan B40 akan menerima bantuan RM180 dalam bentuk kredit telekomunikasi.

Bantuan ini boleh digunakan untuk perbelanjaan langganan internet, atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baharu. Kerajaan turut mengatakan bahawa syarikat telekomunikasi turut akan menyediakan manfaat bernilai RM1.5 bilion dalam bentuk data percuma kepada pelanggan.

Sumber: Amanz