Dalam artikel ini kami akan kongsikan senarai kebaikan habbatussauda untuk kesihatan anda. Baca lebih lanjut untuk ketahui kebaikan habbatus sauda untuk turunkan berat badan.
Artikel berkaitan: Senarai Khasiat Minyak Zaitun Termasuk Kuruskan Badan
Habbatus Sauda
Berikut adalah maklumat mengenai kebaikan habbatussauda yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Hello Doktor.
Khasiat Habbatus Sauda
Habbatus sauda telah digunakan sejak zaman Mesir purba sebagai ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Di negara kita, habbatus sauda juga dijual dalam pelbagai bentuk – sama ada dicampurkan dengan makanan sunnah lain seperti madu atau dijadikan produk baharu seperti teh atau kopi.
Antara penyakit yang boleh diubati dengan khasiat habbatus sauda ialah:
Dapat menurunkan tekanan darah tinggi
Habbatus sauda telah lama digunakan sebagai rawatan hipertensi. Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam Journal of Hypertension pada tahun 2016, minyak habbatus sauda dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
Malah, pakar juga mendapati pengambilan suplemen ini dapat mengurangkan bacaan sistolik dan diastolik pesakit hipertensi.
Walau bagaimanapun, bukan semua orang mendapat manfaat yang sama daripada habbatus sauda. Ada juga pesakit yang tidak mengalami sebarang penurunan tekanan darah walaupun selepas mengambil suplemen yang dibekalkan.
Oleh sebab itu, pesakit tekanan darah tinggi digalakkan untuk mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang suplemen tambahan.
Sesuai untuk pesakit diabetes
Antara manfaat habbatus sauda ialah kemampuannya untuk menstabilkan kadar gula dalam darah.
Kajian yang dijalankan pada tahun 2019 dan dimuatkan dalam jurnal International Journal of Environmental Research and Public Health mencadangkan, pengambilan minyak pati habbatus sauda mungkin dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan rintangan insulin badan.
Malah, kajian ini juga memungkinkan penggunaan habbatus sauda sebagai rawatan untuk pesakit diabetes jenis 2 di samping rawatan sedia ada.
Cara terbaik untuk mengamalkan pengambilan habbatus sauda adalah dengan mencampurkannya dengan air.
Bagi pesakit diabetes, anda boleh cuba minum air habbatus sauda ini ketika perut kosong untuk mengurangkan kadar gula dalam darah.
Khasiat habbatus sauda untuk penghidap asma
Bagi penghidap asma yang menderita dengan simptom seperti batuk, bersin dan sesak nafas, habbatus sauda mungkin dapat membantu.
Walau bagaimanapun, habbatus sauda tidak mempunyai keberkesanan yang sama dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor.
Oleh sebab itu, jangan sesekali gantikan ubat sedia ada dengan sebarang herba atau makanan tambahan. Dapatkan nasihat daripada pakar sebelum mengambil habbatus sauda untuk merawat asma.
Dapat membantu menurunkan berat badan
Khasiat habbatus sauda dalam kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang asing.
Di media sosial, ramai yang mengakui dapat menurunkan berat badan setelah mengamalkan minuman yang mengandungi habbatus sauda.
Walau bagaimanapun, pakar masih belum pasti bagaimana habbatus sauda dapat membantu menurunkan berat badan.
Menurut sebuah kajian kecil yang dijalankan ke atas 45 orang wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, pengambilan 2000 mg minyak habbatus sauda selama 8 minggu didapati dapat mengurangkan selera makan dan mengurangkan berat badan.
Namun, masih banyak lagi kajian yang perlu dijalankan untuk menentukan keberkesanan sebenar habbatus sauda.
Bagi mereka yang ingin mencuba air habbatus sauda, cuba rendamkan 2 sudu kecil herba ini ke dalam air. Kemudian, air tersebut bolehlah diminum.
Khasiat habbatus sauda untuk kulit lebih cantik
nginkan kulit yang lebih sihat dan cantik? Cuba amalkan air rendaman habbatus sauda setiap hari!
Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Dermatology and Dermatologic Surgery, individu yang mengambil habbatus sauda mempunyai kulit yang lebih sihat dan kurang jerawat.
Malah, disebabkan sifat antibakterianya, habbatus sauda juga dapat mengurangkan inflamasi dan juga mempercepatkan penyembuhan kulit!