Kini boleh dikatakan hampir banyak pusat beli-belah terdapatnya kedai MR DIY yang popular disebabkan oleh terdapatnya pelbagai barangan yang dijual seperti barang rumah, alatan sekolah, permainan, askesori kereta dan sebagainya. Barang-barang tersebut dijual dengan harga yang amat berpatutan serta berkualiti tinggi.
Kisah Sedih Gembira Si Panda Coklat Bernama Qizai
Untuk pengetahuan anda, kedai MR DIY bermula dengan hanya menjual barang-barang perkakasan rumah pada tahun 2005 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pada tahun 2010 barulah mereka membuat keputusan untuk mula membuka cawangan dalam pusat beli-belah.
Sejak dari itu, mereka mula menambah barang-barang lain untuk dijual dan kini MR DIY telah menjadi kedai peruncitan perkakasan rumah terbesar di Malaysia dan juga memiliki cawangan di Brunei dan Indonesia. Pada ketika artikel ini ditulis, terdapat 750 kedai MR DIY di seluruh Asia Pasifik, dengan jumlah pekerja sebanyak 8000 orang.
Kini, Mr D.I.Y Group (M) dijadual disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd dengan menyasar untuk meraih dana RM1.5 bilion daripada tawaran awam permulaan (IPO) pada 26 Oktober 2020.
Ini bakal menjadikan IPO peruncit perkakasan rumah itu sebagai yang terbesar dalam pasaran saham tempatan sejak tiga tahun lalu. Dana berkenaan bakal dijana menerusi tawaran 941.9 juta saham biasa baharu dan sedia ada dengan harga IPO RM1.60 sesaham.
Sumber: The Vocket