Kod IC Negeri Kelahiran Di Kad Pengenalan Malaysia

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan panduan mengenai kod negeri kelahiran kad pengenalan Malaysia atau turut dikenali sebagai kod ic negeri

Artikel berkaitan lain: Jenis Lesen Memandu Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

Kod IC Negeri

Berikut adalah tips kod negeri di kad penganalan malaysia atau MYKAD.

ciri keselamatan mykad

Maksud Nombor Kad Pengenalan

Kad pengenalan juga dikeluarkan dengan nombor yang mempunyai maksud tertentu. Seperti contoh, 6 nombor di awal adalah merujuk kepada tahun, bulan dan hari kelahiran.

Manakala nombor yang terdapat di bahagian tengah kad pengenalan adalah kod negeri kelahiran yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Kod Negeri Dalam Kad Pengenalan / IC (MyKad)

Berikut adalah kod negeri dalam kad pengenalan Malaysia yang dirujuk melalui laman web JPN. Anda mungkin tertanya tanya apa maksud kod ic 71, kod ic 14, kod ic 10, kod ic 29 dan sebagainya. dibawah ini adalah jawapannya.

kod ic negeri

Kod IC Negeri

NEGERI KELAHIRANKOD IC NEGERI
Johor01, 21, 22, 23, 24
Kedah02, 25, 26, 27
Kelantan03, 28, 29
Melaka04, 30
Negeri Sembilan05, 31, 59
Pahang06, 32, 33
Pulau Pinang07, 34, 35
Perak08, 36, 37, 38 , 39
Perlis09, 40
Selangor10, 41, 42, 43, 44
Terengganu11, 45, 46
Sabah12, 47, 48, 49
Sarawak13, 50, 51, 52, 53
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)14, 54, 55, 56, 57
Wilayah Persekutuan (Labuan)15, 58
Wilayah Persekutuan (Putrajaya)16
Negeri Tidak Diketahui82

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)