Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2024 & Tarikh 1 Syawal 1445

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2024 & Tarikh 1 Syawal 1445

Lain: Kalendar 2024 Tarikh Cuti Umum & Hari Pelepasan Am

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal & Pengumuman Hari Raya Aidil Fitri 2024

Cerapan Hilal / tarikh lihat anak bulan Syawal bagi tahun ini (1445H) adalah dijangka pada petang hari Selasa, 29 Ramadan 1445H bersamaan 9 April 2024.

Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dan pengisytiharaannya akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui saluran radio dan televisyen pada malam tersebut.

Tarikh Jangkaan Hari Raya Aidilfitri 2024

Berikut dikongsikan tarikh jangkaan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2024 melalui kalendar Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2024 / 1445-1446H Di Malaysia yang diterbitkan oleh pihak JAKIM.

pengumuman hari raya aidilfitri
TAHUNTARIKHHARICUTINEGERI
202410 APRILRABUHARI RAYA AIDIL FITRISEMUA NEGERI
202411 APRILKHAMISHARI RAYA KE-2SEMUA NEGERI

Tarikh Hari Raya Puasa 2024

Sumber: JAKIM https://www.e-solat.gov.my/.

[LIVE] Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2024

Pengumuman tarikh 1 Syawal boleh ditonton melalui siaran berita utama TV1, TV3, BERNAMA, Astro Awani dan saluran-saluran media live streaming pada jam 8.00 malam, pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Diharapkan pengumuman hari raya aidilfitri di atas ini dapat memberikan anda info baru.

Sumber: Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2024 & Tarikh 1 Syawal 1445 (ecentral.my)