Cara Kongsi Lesen Kenderaan Motor Digital e-LKM

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info Cara kongsi e-LKM atau Lesen Kenderaan Motor Digital yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Cara Kongsi Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) – eCentral

Lain: Cara Kira NCD Kereta & Insuran Kereta Anda

Apa itu Lesen Kenderaan Motor Digital e-LKM

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kerajaan memperkenalkan lesen digital atau Lesen Kenderaan Motor Digital bagi pemanduan dalam negara adalah untuk mengatasi isu kesesakan di kaunter JPJ apabila orang ramai mahu memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan.

Fungsi Kongsi LKM

Melalui fungsi baharu yang dinamakan “Kongsi LKM” ini, pemilik kenderaan boleh berkongsi e-LKM kepada ahli keluarga, rakan atau individu lain yang dibenarkan pemilik kenderaan.

Pemilik hanya perlu klik nombor pendaftaran kenderaan, seterusnya tekan butang ‘Kongsi LKM’ untuk membuat perkongsian e-LKM kepada individu lain.

Fungsi ini juga mempunyai tempoh had masa perkongsian yang boleh ditetapkan pemilik kenderaan dan mempunyai kod pengaktifan yang perlu diberikan kepada penerima e-LKM terbabit untuk mengaktifkan perkongsian.

Sistem juga akan menghapuskan rekod perkongsian jika tidak diaktifkan dalam tempoh 24 jam.

Cara Kongsi e-LKM

Mari lihat panduan di bawah untuk mengetahui cara berkongsi e-LKM dengan mudah terus melalui aplikasi MyJPJ:

kongsi e-lkm myjpj
kongsi lkm myjpj
  1. Sila buka dan log masuk akaun MyJPJ anda
  2. Klik pada ‘Profil’
  3. Klik ‘Lesen Kenderaan Motor’
  4. Pilih ‘No. Pendaftaran Kenderaan’
  5. Klik butang ‘Kongsi LKM’
  6. Klik simbol ‘+’ untuk menambah penerima baru
  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Penerima dan Tempoh
  8. Pengesahan Nombor Kad Pengenalan Penerima dan Tempoh
  9. Nombor kod keselamatan akan dipaparkan untuk diberikan kepada penerima
  10. Klik pada ‘Profil’
  11. Klik ‘Jana Semula’
  12. Klik ‘No. Pendaftaran Kenderaan’
  13. Masukkan ‘Kod Keselamatan’ – Kod hanya aktif untuk 24 jam sahaja
  14. LKM berjaya diaktifkan
  15. LKM berjaya dikongsikan

Sumber: Cara Kongsi Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) – eCentral