Senarai Kosa Kata Bahasa Melayu Klasik

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai senarai kosa kata bahasa melayu klasik unsur alam untuk panduan anda

Lain: Kata Adjektif : Maksud, Jenis & Contoh Ayat

Kosa Kata Bahasa Melayu Klasik

Berikut adalah maklumat mengenai kosa kata bahasa melayu klasik unsur alam yang dikongsikan oleh laman Senarai Kosa Kata Bahasa Melayu Klasik (Unsur Alam) (studentportal.my)

Apa itu Kosa Kata

Menurut laman Wikipedia, Kosa Kata adalah Perbendaharaan kata atau kosa kata daripada segi individu ialah set perkataan yang diketahuinya dalam sesebuah bahasa.

Senarai Kosa Kata Bahasa Melayu Klasik

Kosa kata Bahasa Melayu lazimnya dirakam dalam hikayat-hikayat lama.

Berikut merupakan senarai kosa kata Melayu berkaitan unsur alam yang boleh dijadikan panduan:

  • Bianglala – pelangi
  • Cakraya – burung
  • Cemara- ru, casuarina
  • Cendana – pohon harum kayunya
  • Cendera – bulan, dewa
  • Gandasuli – pokok harum bunganya
  • Jaran – kuda
  • Jentayu – burung berseru meminta hujan
  • Kelemayar – cahaya
  • Kuda semberani – kuda sakti (bersayap) boleh terbang
  • Madukara – lebah
  • Malai – untaian bunga-bunga
  • Mandung – ayam jantan
  • Menjangan – rusa
  • Mergastua – binatang liar
  • Nundi – monyet
  • Nyiur nangkawati – kelapa
  • Paksi – burung
  • Pawaka – api
  • Pawana – angin
  • Pawitera – air suci
  • Petaka – bencana
  • Prahara – taufan
  • Pendapa – ranting muda
  • Puspa – bunga
  • Rajawali – helang
  • Segara – lautan
  • Selebu – ombak besar
  • Semendarasa wilis – cempaka biru
  • Serayu – bunga
  • Tagar – guruh
  • Taptibau – burung malam
  • Tuarang – kemarau
  • Unggas pergam – burung merpati besar
  • Wilmana – burung besar sebagai pengangkutan
  • Angsoka – pokok berbunga
  • Cempa – padi
  • Dandi – harimau berbelang
  • Kerpasan – hujan
  • Ambuk – kera, beruk
  • Andani – bunga indah
  • Andapung – ikan laut
  • Andu – burung
  • Arungan – tengah lautan dalam
  • Dilam – tumbuhan herba harum daunnya
  • Jeladan – burung, jelatik
  • Jelai – tumbuhan biji keras dibuat tasbih
  • Jelatik – burung pipit Jawa
  • Jelutung – pokok keras kayunya
  • Jeruju – pokok renek berduri
  • Satwa – binatang
  • Kapu-kapu – kiambang
  • Kelibut – hutan tebal
  • Keliki – buah betik/kepaya
  • Kembang lelan – bunga
  • Kembang tuli – bunga sekembang-kembangnya
  • Kerambil – kelapa
  • Kuda tezi – kuda besar tangkas

Sumber: Senarai Kosa Kata Bahasa Melayu Klasik (Unsur Alam) (studentportal.my)