Kenapa Kucing Suka Cakar Perabot Dan Karpet? Ini Jawapannya

Bagi anda yang ada memelihara kucing di rumah, sudah pasti pernah melihat kucing suka cakar sofa dan karpet bukan? Sebenarnya ada sebab tertentu kenapa kucing suka cakar perabot dan karpet.

Kucing selalunya mencakar perabot kerana beberapa faktor. Salah satunya kerana itu adalah bentuk senaman yang baik untuk kucing. Dengan mencakar, ianya membolehkan kucing menggeliat dan merengangkan badan mereka. Kedua, apabila mereka mencakar, pergerakan tersebut difahamkan dapat membantu hilangkan kotoran pada kuku kucing.

kucing menggeliat

Menurut VetStreet, kucing mencakar kerusi untuk meninggalkan tanda dan aroma. Kelenjar interdigital mereka yang terletak di antara tapak kaki mereka dapat meninggalkan bau bagi kucing lain mengetahui bahawa ‘penanda’ kucing itu pernah berada di kawasan tersebut.

kucing suka cakar perabot

Manakala apabila kucing cakar karpet, mereka meninggalkan lekukan kecil yang boleh menjadi isyarat visual kepada kucing lain bahawa ada kucing di kawasan tersebut. Lokasi perabot di rumah kita yang tertentu juga mungkin dijadikan sebagai satu tempat yang bagus untuk kucing memberikan isyarat visual atau tempat untuk menggeliat sejurus selepas bangun daripada tidur.

Sumber: Siakapkeli