Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Makanan Thailand popular & sedap serta wajib dicuba setiap kali anda ke sana.
Lain: Makanan Korea Popular & Sedap Terkini
Makanan Thailand
Berikut adalah senarai makanan Thailand viral & sedap:
Pulut Mangga
Makanan ini juga turut popular di Malaysia di mana mangga yang masam manis dipadankan bersama pulut dan kuah santan yang berlemak.
Makanan Thailand : Pad Thai
Pad Thai mungkin akan mengigatkan anda kepada char kuey teow tapi mi yang digunakan adalah lebih halus dari segi saiznya.
Kombinasi rasa manis, masam dan masin daripada ramuan seperti bawang merah, telur, sos ikan, udang kering, kacang tanah dan daun ketumbar menjadikan hidangan ini cukup istimewa.
Kari Hijau (Gaeong Keow Wan Gai)
Kari Hijau ini diperbuat daripada ramuan seperti serai, daun ketumbar, cili hijau, daun limau dan santan, hidangan ini padat dengan rasa pedas dan berlemak.
Khanom Bueang
Khanom bueng adalah pemanis mulut beraaskan crepe rangup dan biasanya dipadankan dengan krim, kacang tanah, foi thong (manisan kuning telur) dan kelapa parut manis.
Nasi Komok (Khao Mok Gai)
Hidangan yang viral dari Hatyai ini pula merupakan nasi beriani versi Thailand. Ayamnya dimasak dengan rempah ratus yang harum.
Ia kemudiannya dipadankan bersama nasi kuning yang beraroma, acar dan sos cili.
Diharapkan makanan thailand di atas ini dapat memberikan anda maklumat yang baru.
Sumber: 10 Makanan Thailand Yang Sedap dan Wajib Dicuba (ecentral.my)