Maksud Gaji Bersih, Gaji Kasar & Gaji Pokok

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Maksud Gaji Bersih, Gaji Kasar, Gaji Pokok & Perbezaannya

Lain: Cara Kira OT Overtime

Maksud Gaji Bersih

Gaji bersih adalah jumlah duit yang anda terima atau dimasukkan ke dalam akaun bank anda untuk sesuatu pekerjaan yang dilakukan.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), GAJI BERSIH bermaksud jumlah gaji yang masuk ke akaun bank anda setiap bulan.

Jumlah gaji ini telah ditolak caruman KWSP, SOCSO / PERKESO serta amaun-amaun lain yang berkaitan.

Jumlah gaji bersih ini merupakan amaun yang sudah dicampurkan dengan elaun tambahan yang diterima.

Maksud Gaji Kasar

Gaji kasar pula adalah gaji asas yang dicampur dengan segala elaun tambahan, tetapi belum ditolak segala potongan atau caruman.

Kebiasaannya, iklan tawaran kerja akan mengiklankan tawaran kerja beserta dengan jumlah “gaji kasar” kerana ianya nampak lebih tinggi berbanding “gaji bersih”.

Maksud Gaji Pokok

Gaji pokok juga bermaksud gaji asas atau biasanya kita panggil “gaji basic”.

Gaji pokok bermaksud jumlah gaji bulanan yang anda terima tanpa mencampurkan sebarang elaun dan potongan.

Beza Gaji Kasar Dan Bersih

Bagi memudahkan anda memahami perbezaan antara ketiga istilah ini, boleh rujuk formula mudah di bawah:

  1. Gaji pokok: Gaji asas sahaja
  2. Gaji kasar: Gaji asas + elaun (jika ada)
  3. Gaji bersih: Gaji asas + elaun (jika ada) – potongan

Biasanya kesemua ini akan dinyatakan dengan jelas dalam penyata gaji anda.

Diharapkan info maksud gaji bersih di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna.

Sumber: Maksud Gaji Bersih, Gaji Kasar, Gaji Pokok & Perbezaannya (ecentral.my)