Di dalam artikel ini anda dapat mengenal pasti simbol ikon lampu pada meter kereta anda. Ketahui lebih awal untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk. Untuk mendapatkan lebih kepastian dan punca sebenar, anda haruslah rujuk buku manual kenderaan anda dan juga merujuk kepada mekanik anda.
Artikel menarik lain : Jenis Burung Di Malaysia Yang Wujud & Popular
Maksud Simbol Lampu Meter Kereta Anda
Maksud Simbol Meter Lampu Check Engine / Periksa Enjin
Lampu atau ikon ini menyerupai enjin kenderaan menunjukkan check engine supaya anda dapat menjalankan pemeriksaan terhadap enjin kereta. Punca sebenar lampu ini keluar pada meter anda hanya boleh diperiksa menggunakan scan tool oleh mekanik professional untuk memastikan error code sebenar.
Maksud Simbol Meter Lampu Bateri / Ikon Bateri
Lampu ikon menyerupai bateri kereta ini akan muncul selepas anda gagal untuk start enjin kereta anda dan tiba masa untuk anda tukar bateri kereta anda. Sekiranya lampu ini keluar semasa pemanduan kenderaan, anda juga harus memeriksa keadaan alternator kereta anda.
Maksud Simbol Meter Lampu Meter Hot Temperature / Ikon Enjin Panas
Maksud lampu meter kereta menyerupai sikat ini adalah menunjukkan enjin kenderaan dalam keadaan panas. Hal ini berkemungkinan masalah pada sistem penyejukkan enjin kenderaan seperti kekurangan coolant/air pada radiator, water pump tidak befungsi, radiator dalam keadaan tersumbat, kipas radiator tidak befungsi dan sebab-sebab yang dapat dipastikan oleh mekanik anda.
Maksud Simbol Meter Lampu Meter Tanda Seru / Brek
Maksud lampu meter menunjukkan tanda seru di dalam bulatan ini adalah berkaitan sistem brek kenderaan. Apabila simbol ini muncul pada meter, sistem brek harus diperiksa seperti kekurangan minyak brek.
Maksud Simbol Meter Lampu Engine Oil / Minyak Enjin
Maksud lampu meter seperti di atas adalah kerana kekurangan minyak enjin pelincir di dalam enjin. Hal ini boleh terjadi kerana beberapa faktor dan boleh diperiksa oleh mekanik anda. Menggunakan kenderaan dengan kekurangan minyak enjin boleh merosakkan enjin anda.
Maksud Simbol Meter Lampu Minyak / Ikon Petrol
Ya anda teka dengan betul, maksud lampu ini keluar pada meter kereta anda adalah kerana kekurangan minyak petrol di dalam tangki petrol kenderaan anda. Perlu segera isi petrol untuk mengelakkan kenderaan anda tidak dapat bergerak.
Maksud Simbol Meter Lampu Transmisi Kereta / Ikon CVT
Lampu Meter kenderaan seolah-olah gambar logo durian ini adalah kerana gearbox / transmisi kereta anda iaitu CVT mengalami masalah yang perlu segera diperiksa oleh mekanik anda.
Maksud Simbol Meter Lampu Pintu
Maksudnya adalah sama seperti logo ikonnya iaitu terdapat pintu yang tidak ditutup rapat. Sekiranya masih muncul lampu ini, periksa berkemungkinan bonet kenderaan depan atau belakang tidak ditutup rapat.
Maksud Simbol Meter Lampu Fuel Filter / Penapis Minyak Petrol
Jika lampu ini keluar pada meter kenderaan anda, ini adalah kerana penapis minyak petrol / fuel filter di tangki minyak anda perlu ditukar oleh mekanik anda.