Pada hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan yang mana Malaysia akan mula guna rangkaian 5G pada penghujung 2022 atau pada awal 2023, dengan perancangan dan sasaran yang teliti.
Pelbagai perkara akan diteliti, termasuk dari segi caj kepada pengguna, selain untuk merapatkan jurang digital dan pada masa yang sama ketersediaan industri.
Menteri Komunikasi dan Multimedia turut mengatakan yang mana mengikut kajian awal, 70% penggunaan rangkaian 5G dijangka akan melibatkan industri, sementara hanya 30% dijangka untuk penggunaan rakyat.
Perkara ini selari dengan jangkaan ramai yang mana 5G akan memacu penggunaan peranti berhubung untuk gaya hidup pintar.
Sumber: Amanz