Kadar Harga Mas Kahwin Terkini Ikut Negeri

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Kadar Harga Mas Kahwin Terkini Ikut Negeri di Malaysia yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Mas Kahwin Ikut Negeri 2023 (Kadar Harga & Contoh Jenis) (mypt3.com)

Lain: Senarai Cadangan Hadiah Kahwin Untuk Pengantin Baru

Mas Kahwin

Mas kahwin atau mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Dalam masyarakat Melayu, ia disebut sebagai mas kahwin – mungkin merujuk kepada pemberian dalam bentuk cincin emas.

Hukum Mas Kahwin

Mas kahwin ataupun disebut sebagai mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya atas sebab pernikahanMas kahwin ini akan menjadi hak isteri dan tidak boleh diambil oleh orang lain termasuklah keluarga si isteri atau suami kecuali dengan keizinannya.

Kadar Harga Mas Kahwin Ikut Negeri Malaysia

Untuk semakan kadar harga mas kahwin ikut negeri samada di Sabah Sarawak Kelantan terengganu Kelantan Pulau Pinang Penang Wilayah Persekutuan Putrajaya Kuala Lumpur KL Labuan Johor Perak Selangor Perlis Kedah Pahang Negeri Sembilan Melaka, anda boleh rujuk jadual di bawah ini.

NEGERIJANDA / IBU TUNGGALBUJANG / ANAK DARA
LabuanRM80RM80
KelantanTidak DitentukanTidak Ditentukan
TerengganuTidak DitentukanTidak Ditentukan
PerlisTidak DitentukanTidak Ditentukan
KedahTidak DitentukanTidak Ditentukan
Pulau Pinang PenangRM24RM24
PahangRM22.50RM22.50
PerakRM101RM101
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KLRM40RM80
Negeri SembilanRM100RM200
MelakaRM100RM100
SabahRM80RM100
SarawakRM120RM120
SelangorRM300RM300

Mahar adalah hak isteri selama-lamanya yang amna tidak boleh dituntut oleh sesiapa termasuklah bekas suami / keluarga suami/ keluarga bekas suami.

Untuk mahar di Kelantan Terengganu Perlis dan negeri kedah ia tidak ditetapkan oleh Jabatan Agama islam Negeri tetapi ditetapkan dan dipersetujui bersama oleh keluarga masing-masing.

Ia hanya melibatkan negeri-negeri di utara sahaja.

Kenapa Hukum Mas Kahwin Wajib

  1. Menunjukkan ia satu tanggungjawab yang besar suami ke atas bakal isteri
  2. Merupakan satu tanda kesungguhan suami untuk memperisterikan bakal isteri
  3. Menunjukkan tahap kemulian isteri di sisi bakal suami

Berapa Harga Mas Kahwin di Singapore

Harga Mas Kahwin Singapore boleh diberikan dalam bentuk tunai atau emas atau perak. Kadar minimum semasa untuk bayaran mahar / mas kahwin di Singapura adalah S$ 100 dan ke atas (ikut kemampuan masing-masing)

Sumber: Mas Kahwin Ikut Negeri 2023 (Kadar Harga & Contoh Jenis) (mypt3.com)