Salah satu cara yang popular untuk mengurangkan berat badan adalah dengan cara berpuasa. Dalam berpuasa, ramai juga memilih untuk berbuka dengan menu berbuka puasa diet yang sesuai untuk memaksimakan pengurangan berat. Dalam artikel ini kami akan cadangkan menu buka puasa yang sesuai untuk diet.
Tips Lain: Kesan Pengambilan Telur Yang Banyak Dalam Diet Makanan
Menu Berbuka Puasa Diet
Amatlah penting untuk anda yang sedang berpuasa demi menguruskan badan itu untuk berdisiplin. Ini kerana jika tidak disiplin, peluang untuk menurunkan berat badan dan menjadi sihat sewaktu berpuasa akan menjadi sia-sia.
Oleh sebab itu, penting untuk anda memberi perhatian kepada pengambilan karbohidrat, lemak dan protein yang seimbang dari makanan yang anda ambil sewaktu berbuka puasa dan sahur.
Berikut adalah senarai menu berbuka puasa diet sesuai yang boleh anda amalkan.
Khasiat Kurma Untuk Menu Buka Puasa Diet
Kurma adalah buah yang paling dicari setiap kali tibanya bulan Ramadan. Ada sesetengah orang yang menjadikan kurma sebagai makanan yang wajib untuk dimakan sebagai menu berbuka puasa ataupun sahur kerana khasiat kurma yang baik.
Untuk pengetahuan anda, kurma merupakan salah satu makanan yang mempunyai sumber gula yang baik dan akan mengembalikan tenaga yang hilang seharian.
Secawan buah kurma mengandungi 11.8 gram serat. Ini sudah hampir merangkumi setengah dari keperluan serat harian anda.
Selain kurma, anda juga boleh mengambil buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, oren, dan anggur.
Salad Sebagai Menu Berbuka Puasa
Sewaktu berbuka puasa, seeloknya anda tidak usik langsung makanan berat. Hal ini untuk meminimakan kejadian perut kembung selepas menikmati hidangan berbuka.
Salah satu alternatif menu berbuka puasa yang baik adalah salad, sama ada salad buah atau salad sayur-sayuran. Kedua-duanya mengandungi sedikit kalori tapi tetap boleh mengenyangkan perut anda.
Selain itu, kandungan serat yang tinggi dari pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran mampu menurunkan kadar kolesterol dan mencegah sembelit yang biasa terjadi sewaktu berpuasa.
Sup Makanan Terbaik Diet
Ramai diantara kita memilih untuk berbuka puasa dengan makanan bergoreng dan jus buah kerana merasa lebih nikmat sebagai hidangan berbuka puasa. Sebenarnya, semangkuk sup boleh menjadi pilihan menu berbuka puasa ketika diet.
Satu mangkuk sup kaya dengan air yang mampu menghidrasi sel tubuh badan setelah seharian berpuasa. Bebuka dengan sup juga mampu menghangatkan perut dan membantu untuk mencegah kembung perut atau ketidakselesaan pada perut.
Anda boleh mengambil sup ayam, sup kacang merah, sup jagung, sayur bening, ataupun jenis sayur berkuah lain sebagai pilihan menu berbuka puasa.
Beras Merah
Mulakan untuk ganti nasi putih anda dengan nasi merah yang terbukti tinggi serat dan mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah kerana khasiat beras merah. Beras merah juga mengandungi sedikit kalori dan membantu menurunkan berat badan.
Digalakkan anda untuk menjadikan beras merah sebagai makanan harian sewaktu bulan Ramadan dan juga waktu kebiasaannya.
Berbanding nasi putih, nasi merah boleh memberikan kekenyangan lebih lama apatah lagi jika ditambah dengan menu berbuka puasa lain yang sihat seperti sayur-sayuran.
Sumber: hellodoktor.com