Permohonan Moratorium Bank Islam PEMULIH

Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menawarkan moratorium selama enam bulan kepada pelanggan segmen B40, M40 atau T20 serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Permohonan Moratorium Automatik 6 bulan Bank Islam dibuka secara dalam talian bermula 7 Julai.

Moratorium Bank: PEMULIH 2021: Permohonan Moratorium Automatik BSN

Moratorium Bank Islam

Moratorium Automatik Bank Islam PEMULIH

Objektif Bantuan Pembayaran PEMULIH adalah untuk memberi bantuan kepada PKS yang menghadapi kekangan kewangan sementara yang timbul berikutan langkah pencegahan
pandemik COVID-19 yang dilaksanakan pada 1 Jun 2021 (PKP 3.0).

Menerusi bantuan moratorium automatik ini, pelanggan terkesan akan mempunyai tempoh enam bulan untuk memulihkan keadaan kewangan masing-masing.

Pakej Bantuan / Moratorium Bank Islam Yang Ditawarkan

  • Penangguhan pembayaran balik ansuran bulanan selama tiga (3) bulan; atau
  • Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama enam (6) bulan.

Syarat Kelayakan Moratorium Bank Islam

Bagi Pelanggan Individu:

Pra-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Akaun pembiayaan pelanggan yang diluluskan pada atau sebelum 30 Jun 2021;
  2. Akaun pembiayaan tidak tertunggak melebihi 90 hari dan tidak diklasifikasikan sebagai pembiayaan tidak berbayar pada tarikh permohonan lengkap diterima.
  3. Pelanggan bukan seorang yang bankrap.

Bagi Pelanggan PKS

Pelanggan PKS yang pembiayaannya tidak tertunggak selama lebih dari 90 hari pada tarikh
permohonan,

  1. Bank tidak akan mengenakan keuntungan berganda atau Ta’widh (caj lewat bayar).
  2. Pada akhir bulan keenam, ansuran akan kembali kepada amaun ansuran kontrak asal, dengan tempoh lanjutan jika perlu, untuk mengambil kira kos keuntungan.

Cara Permohonan Lanjutan Moratorium Bank Islam

Permohonan Individu

Permohonan moratorium boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi E-Borang. Untuk memohon, sila lengkapkan e-Borang atau klik pautan ini: https://vao.bankislam.com.my/ppb/

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program bantuan pembayaran / moratorium automatik individu, sila rujuk Soalan Lazim.

moratorium bank islam

Permohonan PKS

Bagi permohonan bantuan bayaran balik pembiayaan perniagaan mikro dan PKS, emelkan pertanyaan dan permohonan anda ke: sme-assist@bankislam.com.my

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program bantuan pembayaran / moratorium automatik PKS Bank Islam, sila rujuk Soalan Lazim.

Jika anda ingin mengunjungi cawangan Bank Islam terdekat, ini adalah senarai cawangan Bank Islam.

Semakan Kelulusan Moratorium Bank Islam

Bagi pemohon individu, keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh dua (2) hari mengikut kalendar atau selewat-lewatnya dalam tempoh lima (5) hari mengikut kalendar.

Pertanyaan Moratorium Bank Islam

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan Pelanggan Bank Islam di 03-26 900 900 ATAU Tanyakan soalan melalui Facebook Bank Islam Malaysia Berhad https://www.facebook.com/BankIslamFB/

Sumber: Harian Post