Terdapat Entiti ‘Tumpang’ Tidur Bawah Katil Wanita Ini

Siapa sangka gambar polaroid yang ditangkap bertujuan untuk simpanan memori bertukar menjadi gambar seram? Begitulah apa yang berlaku kepada seorang wanita ini yang mendakwa gambar polaroid yang diambil oleh rakannya menampakkan satu entiti atau hantu seperti ‘menumpang’ tidur di bawah katil biliknya.

Gambar polaroid tersebut boleh dilihat dibawah ini. Perhatikan susuk entiti pada dalam bulatan merah setelah gambar dinaikkan pencahayaan. Sekiranya anda seperti melihat kelibat kucing, musang atau haiwan, sila lihat sekali lagi kerana anda sepatutnya akan nampak jelas susuk tubuh dan wajah seseorang.

Cara Mohon Kad Pengenalan Haiwan Kucing Peliharaan Anda

penampakan hantu bawah katil

Kebanyakkan warganet yang melihat gambar polaroid tersebut mendakwa bahawa gambar tersebut telah disunting terlebih dahulu sebelum dimuatnaik.

Wanita tersebut menyatakan bahawa ianya langsung tidak disunting malah turut sertakan bukti video. Dalam video itu, kelibat entiti yang berada di bawah katilnya masih jelas kelihatan.


Seram bukan? Lepas ni sebelum tidur tu rajin-rajinlah jenguk bawah katil kot-kot ada sesuatu ke?

Sumber: @creepyposta

Leave a Comment