Cara Mohon Kad Pengenalan Haiwan Kucing Peliharaan Anda

Tahukah anda bahawa sebenarnya haiwan peliharaan kesayangan anda seperti kucing pun boleh punyai kad pengenalan warganegara Malaysia sendiri? Kad pengenalan tersebut lebih dikenali sebagai Kad Pengenalan Haiwan Malaysia.

Namun begitu hanya empat jenis haiwan peliharaan sahaja yang diberi kebenaran untuk didaftarkan iaitu kucing, anjing, arnab dan kuda. Kad Pengenalan Haiwan ini bentuknya sama seperti pasport rakyat Malaysia cuma bezanya pasport rakyat Malaysia berwarna merah manakala Kad Pengenalan Haiwan ini berwarna biru.

Perlukah Kucing Untuk Dimandikan?

Seorang pengguna Twitter, (@ShazGhaf) berkongsikan mengenai cara beliau memohon Kad Pengenalan Haiwan untuk kucing comel miliknya. Menurut beliau, kucing akan menerima kad pengenalan selepas diberi microcip. Untuk proses mendapatkan kad pengenalan ini amatlah mudah dimana anda perlu datang awal di klinik Veterinar berhampiran agar tidak sesak dengan orang ramai pada waktu puncak.

cara daftar kad pengenalan kucing
kad pengenalan kucing
kad pengenalan gambar kucing

Tujuan micro cip dipasangkan pada kucing adalah untuk senang dijumpai jika kucing atau haiwan kesayangan hilang atau dicuri orang. Dengan micro cip tersebut kita boleh semak semula sama ada kucing yang djumpai itu milik kita atau tidak.

ShazGhaf turut menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh pengguna Twitter lain yang berminat untuk turut mendaftar haiwan peliharaan mereka. Salah satu soalan yang menarik adalah seperti menentukan jenis breed kucing mereka sebelum pergi mendaftar.

cara daftar kucing
cara daftar kucing
cara daftar kucing
cara daftar kucing

Sumber: @ShazGhaf

Leave a Comment