Cara Pindah Milik Tanah Tanpa Peguam Guna Borang 14A

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info Panduan Pindahmilik Tanah Tanpa Peguam (Download Borang 14A) yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Panduan Pindahmilik Tanah Tanpa Peguam (Download Borang 14A) (ecentral.my)

Lain: Cara Isi Borang Poslaju Online & Print (e-Connote/e-Konsainan)

Apa itu Pindahmilik Tanah

Pindahmilik adalah satu proses untuk menukar nama pemilik berdaftar di dalam suratan hakmilik.

Proses pindahmilik boleh terus dilakukan bagi hakmilik yang tiada sekatan kepentingan atau batasan (kaveat), tetapi bagi hakmilik yang mempunyai sekatan kepentingan atau batasan, kebenaran daripada pihak berkenaan perlu diperolehi terlebih dahulu.

Kepada Siapa Boleh Dipindahmilik?

  • Warganegara yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Bukan warganegara dan syarikat-syarikat asing dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
  • Perbadanan yang dibenarkan oleh perlembagaan nya untuk memegang tanah.
  • Raja raja Pemerintah , Kerajaan , Organisasi dan lain – lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.
  • Badan – Badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana – mana undang-undang bertulis lain.

Panduan Pindahmilik Tanah (Tanpa Peguam)

Langkahnya seperti di bawah:

  1. Setuju harga belian dengan penjual
  2. Isi borang 14A dengan penyaksian
  3. Bayar duti setem di LHDN
  4. Selesaikan cukai tanah/pintu dan bil tertunggak lain
  5. Siapkan salinan IC dan surat beranak (jika tanah rizab Melayu)
  6. ‘Present’ di pejabat tanah & bayar fi pindahmilik
  7. Collect geran baru selepas siap

*Rujuk Panduan Mengisi Borang Pindah Milik (14A) dalam lampiran yang disertakan di bawah:

borang 14a

Borang 14A

Boleh download Borang 14A di pautan ini https://ptg.ptgps.gov.my/borang/14A.pdf

Maklumat Lanjut

Untuk info dan pertanyaan lanjut berkenaan proses pemilikan tanah, sila rujuk:

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya

No. Telefon : +603 8000 8000
Faks : +603 8889 3855

Emel : pertanyaan@jkptg.gov.my

Sumber: Panduan Pindahmilik Tanah Tanpa Peguam (Download Borang 14A) (ecentral.my)