Dalam artikel ini kami akan kongsikan koleksi terkini iaitu koleksi peribahasa melayu, peribahasa bergambar dan maksud peribahasa melayu untuk panduan anda.
Tips lain: Koleksi Teka Teki Lucu, Susah, Lawak 2021 (Soalan & Jawapan)
Peribahasa Melayu
Peribahasa Dan Maksud
1. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha
2. Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut
Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan
3. Belum duduk sudah berlunjur
Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira
4. Berbual di alang, belayar di luar musim
Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai
5. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
Perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu
6. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat
Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak
7. Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak
Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap
8. Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian
Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian
9. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang
Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain
10. Bertanjak baharu tinjau
Membuat kerja mengikut aturan
11. Biar alah sabung, asalkan menang sorak
Tewas dalam perlawanan naun masih bercakap besar
12. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati
Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia
13. Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian
Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal
14. Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil
Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah
15. Biar genting, jangan putus
Biar rugi sedikit daripada rugi banyak
16. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat
17. Biar lambat asalkan selamat
Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati
18. Biar mati anak jangan mati adat
Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban
19. Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma
Biar mati kerana membuat kebaikan daripada mati kerana membuat kejahatan
20. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
Menyimpan rahsia
21. Biar putih tulang jangan putih mata
Sanggup mati daripada menyerah kalah
22. Biar senget, jangan tertiarap
Biar rugi sedikit daripada rugi banyak
23. Biar titik, jangan tumpah
Biar rugi sedikit jangan rugi banyak
24. Buang yang keruh, ambil yang jernih
Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja
25. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba
26. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit
Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu
27. Cicir dipungut, hilang dicari
Jangan melakukan pembaziran
28. Daripada cempedak baiklah nangka
Lebih baik ada daripada tiada langsung
29. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga
Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik
30. Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati
Jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati
31. Elok lenggang di tempat datar
Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya
32. Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya
Jangan terlalu percaya akan kata-kata orang
33. Genggam bara api biar sampai jadi arang
Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya
34. Habis akal, baru tawakal
Sesudah habis segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan
35. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga
Budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia
36. Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa
Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat
37. Hilang geli kerana geletek
Sesuatu yang sudah biasa tidak berbekas kepada kita
38. Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis
Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta
39. Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak
Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing
40. Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak
Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan
41. Jangan bermain di air keruh
Jangan ditiru perbuatan yang buruk
42. Jangan buat kerbau tanduk panjang
Jangan campuri urusan orang lain
43. Jangan dibangunkan kucing tidur
Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa
44. Jangan didengarkan siul ular
Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh
45. Jangan difikir air pasang sahaja
Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik
46. Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang
Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru
47. Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis
Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak
48. Jangan lemparkan pancing tiada berumpan
Sia-sia mengharapakn sesuatu kalau tidak cukup syarat
49. Jangan mengukur baju orang di badan sendiri
Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri
50. Jangan punting berasap jua
Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, jangan diungkit-ungkitkan lagi
Sumber: Amnanajwa