Koleksi Petua Hilang Sakit Gigi Dengan Mudah Dan Berkesan

Sakit gigi ini bukan boleh dibawa main tau. Sakit gigi bukan sahaja boleh menganggu aktiviti di siang hari, malah boleh sukarkan tidur pada waktu malam. Dalam artikel ini kami akan kongsikan beberapa petua hilang sakit gigi untuk panduan anda.

Tips kesihatan lain: Panduan Piramid Makanan Seimbang Malaysia Dari KKM

Petua Hilang Sakit Gigi

Berikut adalah cara mudah untuk hilangkan sakit gigi yang boleh anda ikuti.

Petua Hilangkan Sakit Gigi

Kumur dengan air garam, cara hilangkan sakit gigi yang mudah

Ini merupakan satu kaedah yang agak popular. Asal ada individu yang mengadu sakit gigi, pasti nasihat ini akan menyusul. Air yang telah dilarutkan dengan garam mempunyai sifat disinfektan (anti bakteria) semula jadi.

Selain itu, ia juga merupakan medium yang boleh meloloskan sisa makanan yang tersekat di celahan gigi. Tujuannya untuk mengurangkan proses keradangan dan mempercepatkan penyembuhan luka pada ruang oral.

Tuam bahagian yang sakit dengan kain sejuk/ ais

Penggunaan kaedah ini tidak hanya tertumpu kepada sakit gigi sahaja. Ia berupaya untuk menyebabkan salur darah pada permukaan kawasan terlibat untuk mengecut, justeru, mengurangkan rasa sakit.

Pelaksanaannya mudah, anda hanya perlu tuamkan kain sejuk/ais pada kawasan yang sakit selamat 20 minit. Walau bagaimanapun, kaedah ini sukar digunakan dalam keadaan tertentu, sebagai contoh, jika anda tidak boleh tidur kerana sakit gigi.

Gunakan uncang teh pudina untuk hilangkan sakit gigi

Mungkin ada yang tidak tahu, uncang teh pudina boleh diambil sebagai satu cara hilangkan sakit gigi. Ia sesuai terutamanya kepada mereka yang mempunyai gigi sensitif memandangkan penggunaan ais boleh menyebabkan simptom sakit/ngilu.

Ambil uncang teh pudina suam dan tuamkan pada kawasan yang sakit. Pastikan ia tidak panas dan jika anda lebih selesa dengan uncang teh sejuk, ia juga berkesan. Anda boleh meletakkan uncang teh tersebut di dalam freezer untuk beberapa minit dan letakkan pada gigi yang sakit.

Bawang putih, herba yang banyak manfaatnya dalam rawatan sakit gigi

Mungkin ramai yang tidak suka makan atau bau bawang putih. Oleh itu, petua ini tidak sesuai dengan semua individu. Sudah berkurun lamanya bawang putih dikenali sebagai herba yang boleh merawat pelbagai jenis keadaan kesihatan.

Khasiatnya disokong oleh kajian sains moden dan jika dilihat dalam konteks kesihatan oral, ia boleh membantu meredakan kesakitan gigi. Oleh sebab bawang putih mempunyai sifat antibakteria yang bagus, ia boleh mengelakkan pembentukan plak gigi.

Anda boleh tumbuk bawang putih, campurkan dengan garam dan sapukan pada kawasan yang sakit.

Gunakan pengkumur mulut, hidrogen peroksida

Hidrogen peroksida boleh memberikan pelbagai jenis manfaat kepada penjagaan oral. Ia boleh memberikan kelegaan daripada sakit gigi, mengurangkan keradangan, menghalang pembentukan plak dan menyembuhkan pendarahan gusi.

Kebanyakan produk pengkumur mulut di pasaran mempunyai kandungan hidrogen peroksida pada kepekatan rendah. Jika anda dipreskripsikan dengan pengkumur mulut hidrogen peroksida pekat, pastikan anda campurkan dengan air.

Ikut arahan doktor gigi dan jangan telan cecair tersebut. Selepas kumur, buang.

Sumber: Hellodoktor