Setelah beberapa gambar dan video tersebar mengenai kereta Proton X50, akhirnya kereta tersebut secara rasminya telah diperkenalkan oleh Proton menerusi laman rasmi Facebook Proton. Proton hanya berkongsikan tiga gambar Proton X50 yang menunjukkan dengan jelas rupa kereta tersebut dari sudut bahagian depan, sisi dan juga dalam. Tiada maklumat tambahan mengenai Proton X50 harga, versi, warna, spesifikasi dinyatakan namun kami senaraikan beberapa khabar angin kedengaran mengenai Proton X50 dibawah ini.
Untuk maklumat anda, Proton X50 yang merupakan model terbaru keluarkan Proton bakal bersaing dengan Honda HR-V, Mazda CX-3, Subaru XV, Peugeot 2008 dan Toyota C-HR.
Cara Semak Saman Polis Trafik PDRM JPJ AES Online SMS
Proton X50 Spesifikasi
Berikut merupakan beberapa desas desus atau khabar angin mengenai maklumat berkaitan Proton X50 yang bakal diumumkan oleh Proton dalam masa terdekat.
Proton X50 Variant
Dikhabarkan terdapat empat (4) Proton X50 variant atau versi yang bakal dijual iaitu Proton X50 Standard, Proton X50 Executive, Proton X50 Premium dan Proton X50 Flagship.
Proton X50 Engine
Proton X50 akan didatangkan dengan 2 pilihan enjin dimana pilihan pertama adalah 1.5L 3 Silinder Turbo 148 HP 226 NM dan pilihan kedua 1.5L 3 Silinder Direct Turbocaj 175 HP 255 NM. Kedua-dua enjin ini akan menggunakan kotak gear (gearbox) dengan tujuh (7) kelajuan, sama seperti Proton X70.
Proton X50 Warna
Proton X50 bakal dijual dengan enam (6) pilihan warna iaitu putih, kelabu, silver, biru, merah dan jingga.
Proton X50 Auto Parking
Fungsi Auto Parking turut dikhabarkan akan disertakan dalam Proton X50 dengan hanya menggunakan satu butang.
Proton X50 ADAS
Advanced Driver Assistant (ADAS) Versi 2.0 akan digunakan dalam Proton X50 berbanding ADAS Versi 1.0 yang digunakan pada Proton X70. Beberapa ciri menarik ADAS yang terdapat di Proton X70 seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), Forward Collision Warning (FCW), dan Adaptive Cruise Control (ACC) mungkin turut diperkenalkan pada Proton X50.
Proton X50 Harga
Kemaskini 15 September 2020: Harga jualan untuk X50 akan didedahkan pada majlis pelancaran rasmi tidak lama lagi. Anda boleh membuat pra-tempah dengan yuran RM500 sahaja.
Dijangkakan bahawa Proton X50 harga akan dijual bermula RM70,000+ (Proton X50 Standard) sehingga bawah RM100,000 (Proton X50 Flagship).
Fakta Menarik Proton X50
Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai Proton X50 terbaru ini:
- X50 didatangkan dalam empat pilihan varian: Standard, Executive, Premium dan Flagship.
- Enjin varian Premium dan Flagship boleh dihidupkan secara kawalan jauh.
- Rupa depan menggunakan konsep Infinity Weave untuk rekabentuk gril dan kemasan Ethernal Bow dengan aksen merah serta lencana baharu Proton.
- Ada dua varian enjin ditawarkan, bersesaran sama 1.5L, tetapi berbeza kuasa: 3-silinder 1.5L Turbo (148hp, 226Nm) dan 3-silinder 1.5L TGDI (175hp, 255Nm). Enjin turbo biasa adalah pertama diperkenalkan pada X50 dan tiada pada model Binyue.
- Enjin menggunakan tali sawat pemasaan (timing belt).
- Kedua-dua enjin dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan, sama seperti X70.
- Ada enam pilihan warna: Snow White (putih), Jet Grey (kelabu), Silver (perak), Ocean Blue (biru), Passion Red (merah) dan Citrus Orange (jingga).
- Ada ciri bantuan parkir automatik, kali pertama diperkenalkan untuk barisan model Proton.Cuma perlu tekan butang pada konsol gear.
- Tiada sokongan AppleCarPlay atau Android Auto, tetapi ada Mirrorlink untuk konektiviti telefon pintar.
- Menggunakan sistem operasi GKUI 19 dengan unit pemprosesan pusat (CPU) E01 Quad-Core untuk unit infotainment.
- E01 Quad-Core ialah jenis CPU yang lebih maju daripada X70 dengan menawarkan: 5x prestasi perkomputeran lebih pantas, 33% masa but mula (boot-up) lebih pantas, 55% masa pemuatan (loading) lebih pantas untuk aplikasi multimedia dan 67% untuk aplikasi navigasi.
- Saiz paparan unit infotainment ialah: Standard dan Executive – 8 inci dengan resolusi 1024x600px, Premium dan Flagship – 10.25 inci dengan resolusi 1920x720px.
- Semua varian dilengkapkan lampu utama LED dan konektiviti wayarles 4G.
- Ada teknologi keselamatan pemanduan A.D.A.S versi 2.0, lebih maju daripada A.D.A.S 1.0 yang dimiliki X70.
- Antara ciri dapat dikesan ialah Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), kamera 360º, brek parkir elektrik (EPB), mod pemanduan Eco dan Sport, dan amaran proksimiti.
- Penyaman udara jenis kawalan klimat zon tunggal, bukan dwi-zon seperti X70.
- Ada ventilator penyaman udara di belakang, terletak di konsol tengah dengan dua port USB.
- Tiada ciri but elektrik seperti X70.
- Bumbung suria untuk varian Flagship sahaja.
- Ada lapan pemegang cawan untuk penumpang depan dan belakang.
- Ada tiga port USB, iaitu satu di depan dan dua di belakang.
- Tayar Continental UC6 215/55 dengan rim 16 jejari 18 inci
- Spidometer jenis digital dan cermin sisi boleh lipat automatik.
- X50 dibina menggunakan 40 peratus kandungan tempatan.
Sumber: PanduLaju