Panduan Puasa Enam Syawal Serta Niat Puasa Enam

Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan puasa enam syawal seperti niat puasa enam, hukum puasa enam, dalil puasa sunat enam syawal, waktu puasa enam, syarat puasa enam, kelebihan puasa enam dan sebagainya.

Panduan Lain: Lafaz Takbir Raya Serta Ejaan Rumi Dan Maksud

Puasa Enam Syawal

Niat Puasa Enam

Berikut adalah niat puasa enam syawal untuk panduan anda.

niat puasa enam

Niat puasa enam syawal dalam rumi: Nawaitu souma ghodin ‘an  sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala

Maksud: Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari syawal kerana Allah Taala.

Dalil Puasa Sunat Enam Syawal

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” 

— Muslim no: 1164

Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut, kerana setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari.

Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.

Hukum Puasa Enam Syawal

Hukumnya adalah sunat

Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam alSyafi‟e, Imam Ahmad, Daud dan ulama‟ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).

Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh

Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]

Waktu Puasa Enam

Bilakah dimulakan puasa sunat enam syawal?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut.

Sumber: akuislam.com