Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara Buat QR Code Duitnow (QR Pay) untuk terima bayaran dari pelanggan yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Cara Buat QR Code Duitnow (QR Pay) Untuk Terima Bayaran (ecentral.my)
Lain: Cara Buat Google Form
Apa itu Pembayaran Menggunakan QR Code
Pembayaran cara ini adalah pembayaran
tanpa sentuh dimana pembayaran dilakukan dengan mengimbas kod QR daripada aplikasi mudah alih.
Untuk membuat pembayaran menggunakan kod QR, pengguna mengimbas kod QR yang dipaparkan oleh peniaga dengan telefon pintar mereka untuk membayar barangan mereka.
Mereka kemudiannya memasukkan jumlah yang perlu mereka mahu bayar dan sahkan jumlah yang dibayar.
Kelebihan QR Pay / QR Code Duitnow
Terdapat beberapa kelebihan menggunakan QR Pay / QR Code Duitnow bagi menerima bayaran di kedai anda:
- Rekod transaksi jual beli – Sangat berguna bagi mengelakkan ketirisan transaksi jual beli syarikat anda
- Jimatkan masa – Bayaran boleh dilakukan dalam masa kurang 1 minit
- Mengelakkan sentuhan rapat – Dapat kurangkan risiko penyakit berjangkit
- Kurangkan risiko kecurian – Bagi peniaga sendiri, anda dapat mengurangkan risiko kecurian kerana tidak perlu memegang wang tunai dalam jumlah yang besar
Cara Buat QR Code Duitnow Terima Bayaran @ Untuk Perniagaan Anda
Berikut adalah cara buat QR Code Duitnow Terima Bayaran untuk Maybank dan CIMB.
CARA BUAT QR CODE DUITNOW MAYBANK
Untuk contoh ini, mari lihat bagaimana menerima bayaran daripada pelanggan ke akaun Maybank anda.
- Buka dan Login ke akaun MAE / M2U
- Klik pada logo QR Code
- Klik pada tab “Receive”
- Kod QR untuk menerima bayaran anda sudahpun tersedia.
- Klik pada butang “Share”
- Kemudian pilih bagaimana anda ingin kongsikan kod tersebut
- Untuk paparkan kod tersebut di kedai, anda boleh print kod tersebut dan letakkan di tempat yang bersesuaian di kedai anda.
- Untuk memastikan kod tersebut tahan laman dan tidak mudah pudar, anda boleh laminate kertas yang dicetak kod QR tersebut.
CARA BUAT QR CODE DUITNOW CIMB
- Buka dan Login ke akaun CIMBClicks
- Klik pada logo QR Code
- Klik pada tab “Receive”
- Kod QR untuk menerima bayaran anda sudahpun tersedia.
- Anda boleh cetak atau tunjukkan QR tersebut pada pelanggan untuk scan kod tersebut.
Sumber: Cara Buat QR Code Duitnow (QR Pay) Untuk Terima Bayaran (ecentral.my)