Koleksi Resepi Daging Yang Mudah Dan Sedap

Dalam artikel ini kami akan kongsikan koleksi resepi daging yang boleh anda ikuti untuk hasilkan masakan daging yang mudah dan sedap. Anda boleh salin senarai resipi daging dibawah ini untuk memudahkan anda.

Koleksi Resepi Menarik Lain: Koleksi Resepi Sotong Masakan Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Daging

Berikut adalah senarai resipi daging yang boleh anda cuba di rumah.

Resepi Daging Masak Kicap

Resipi daging masak kicap dan cara buat daging masak kicap adalah seperti berikut:

daging masak kicap

Bahan-Bahan

  • Daging yang digunakan sebanyak 500g yang dihiris nipis
    1. 1/2 sudu makan serbuk kunyit1 sudu makan cili kisar
    2. 1 sudu teh jintan manis dan jintan putih tumbuk
    3. 1 sudu makan bawang kisar
    4. 2 sudu makan kicap pekat
    5. 2 sudu makan kicap mani
    6. 1/2 sudu makan gula
    7. 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 batang kecil kulit kayu manis
  • 3-4 biji buah pelaga
  • 2 1/2 sudu makan bawang merah, bawang putih dan halia kisar
  • 1 1/2 sudu makan cili kisar
  • 1/2 sudu makan asam jawa
  • Kica pekat

Cara Masak Daging Masak Kicap

  1. Gaul dan perap 10 minit bersama kesemua bahan 1-7
  2. Dalam kuali,tumiskan kulit kayu manis bersama biji buah pelaga sampai naik bau
  3. Kemudian, barulah masukkan bawang merah, bawang putih, halia kisar dan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak
  4. Sudah pecah minyak, baru masukkan daging dan kacau sesekali pada api sederhana. Biar daging lembut dengan keluar air daging
  5. Akhirnya, tunggu air daging hingga hampir kering barulah tambahkan air asam jawa dan sesuaikan rasa mengikut selera. Jika perlu tambah kicap pekat untuk nampak hitam,tambah secukupnya.

Resepi Masak Daging Kurma

Resipi daging masak kurma dan cara buat daging masak kurma adalah seperti berikut:

daging masak kurma

Bahan-Bahan

  • Kuantiti daging kambing yang digunakan pada masakan ini adalah bersamaan seekor daging kambing (iaitu anggaran 16 kg)
  • 7 biji kelapa (anggaran-ikut saiz kelapa)
  • garam secukup rasa
  • 1 paket (100gm) Kulit kayu manis
  • 1 paket (100gm) bunga lawang
  • 1 paket (100gm) jintan manis
  • 1 paket (100gm) buah pelaga
  • 4-5 pek (220g) rempah kurma Faiza
  • 10 ulas bawang merah – hiris
  • 15 ulas bawang putih – hiris
  • 7 inci halia- hiris
  • 1 cawan minyak masak

Bahan-Bahan Kisar

  • 15 ulas bawang besar
  • 18 ulas bawang putih
  • 7 inci halia
  • 18 biji buah keras – kuah jadi lemak
  • Sayuran (untuk tabur selepas siap masak)
  • 4 tangkai cili hijau
  • 15 biji ubi kentang
  • 6 biji buah tomato – belah 2
  • 6 biji bawang besar – belah 4
  • Daun sup
  • Daun pandan

Cara Masak Daging Masak Kurma

  1. Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis bersama bahan kisar sehingga wangi
  2. Masukkan rempah kurma (tidak bancuh dengan air) dan kacau dengan cepat. Masukkan sedikit air supaya tidak hangus. Terus kacau lagi.
  3. Masukkan daging serta air dan masak sehingga daging empuk.
  4. Ketika daging hampir empuk, masukkan ubi kentang.

Resepi Daging Masak Merah

Resipi daging masak merah dan cara buat daging masak merah adalah seperti berikut:

daging merah

Bahan-Bahan

  • Daging
  • Bawang putih 3-4 ulas
  • Bawang besar
  • Lada besar
  • Cili kisar
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Perasa garam gula

Cara Masak Daging Masak Merah

  1. Rebus daging terlebih dahulu. Jika nak nampak lebih merah, letak pewarna merah terang
  2. Jika sudah empuk, sejukkan terlebih dahulu dagingnya dan kemudian hiris nipis
  3. Ketuk bawang putih
  4. Panasakan minyak dan goreng daging sekejab bagi nampak garing-garing sikit
  5. Dengan minyak yang sama, tumis bawang putih tadi kemudian letak cili kisar dalam 2 sudu besar
  6. Kemudian bila cili kisar sudah garing, bolehlah masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kalau ada sos air labu, boleh letak sekali. Kemudian masukkan air rebusan daging sebentar tadi dalam 3,4 sudu.
  7. Kemudian, kacau-kacau dan letak laa perasa garam gula. Akhir sekali letak lada besar dan bawang besar serta dagin tersebut. kacau sekejab dan tutup api
  8. Ianya sudah siap dihidang di dalam pingan.

Resepi Rendang Daging

Resipi daging masak rendang dan cara buat rendang daging adalah seperti berikut:

rendang daging

Bahan-Bahan

  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Lada hitam yang sudah siap tumbuk
  • Bawang kecil
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Santan
  • Kerisik

Cara Masak Rendang Daging

  1. Blend dan tumis terlebih dahulu bahan diatas
  2. Selepas tumis dan sudah garing masukkan pula cili kering
  3. Apabila sudah pecah minyak, barulah masukkan daging (tak perlu tambah ai).
  4. Apabila sudah kering, masukkan santan dan juga kerisik serta tunggu sehingga kering
  5. Taburkan daun kunyit dan juga serai
  6. Akhirnya,  perasakan dengan garam
  7. Sudah boleh dihidangkan.

Resepi Daging Dendeng

Resipi daging dendeng dan cara buat daging dendeng adalah seperti berikut:

daging dendeng

Bahan-Bahan

  • Daging lembu
  • Bawang besar, bawang kecil, bawang putih**
  • Halia**
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Kayu manis, bunga lawang
  • Cili blend
  • Air asam jawa
  • Air rebusan daging
  • Kicap lemak manis

Cara Masak Daging Dendeng

  1. Rebus daging supaya menjadi empuk
  2. Bahan yang bertanda ** dimayang halus kemudian digoreng
  3. Daging dihiris nipis dan nak bagi lebih nipis, tumbuk satu-satu hirisan daging tersebut
  4. Daging yang sudah siap ditumbuk sebentar tadi, kemudiannya di goreng sebentar. Jangan terlalu lama
  5. Guna minyak yang sama tadi, tumis serai yang sudah diketuk, kayu manis, bunga lawang dan daun limau purut
  6. Kacau-kacau kemudian masukkan cili blend tadi. Goreng sehingga pecah minyak.
  7. Kemudian masukkan kicap lemak manis dlm 1/2 cawan
  8. Masukkan sedikit air asam jawa
  9. Perasakan dengan garam dan gula
  10. Masukkan 1 mangkuk kecil air rebusan daging tadi
  11. Kemudian masukkan daging yang siap digoreng tadi. Kacau sehingga kuah kering sedikit
  12. Masukkan bawang goreng yang sudah di goreng tadi. Kacau sehingga bawang goreng tadi sebati dengan warna masakkan.
  13. Kalau nampak pekat sangat, boleh tambah lagi air. Kacau sehingga nampak kering sedikit.
  14. Sudah siap untuk dihidangkan!

Resepi Sup Daging

Resipi sup daging dan cara buat sup daging adalah seperti berikut:

sup daging

Bahan-Bahan

  • 500-800 gram daging lembu rebus dengan 200ml air sehingga 35-40 minit api kecil dan tutup periuk. Buka sikit je bagi ruang keluar
  • 500 ml air kosong
  • 1 1/2 pek perencah sup siam Adabi
  • 2 ulas bawang putih ketuk
  • 1 batang saderi panjang
  • 1 batang akar daun ketumbar ketuk
  • 4-5 tangkai daun ketumbar
  • 1-2 tangkai daun bawang
  • 2-3 cili Thai ketuk
  • 1/2 bawang Holland saiz besar
  • 2 biji tomato belah 4
  • 1 biji besar asam limau
  • 3 sudu makan sos ikan
  • Garam,serbuk perasa,bawang goreng secukupnya dan kalau perlu

Cara Masak Sup Daging

  1. Panaskan minyak terlebih dahulu kemudian tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, lada Thai ketuk, akar daun ketumbar, tomato hingga bawang betul-betul layu
  2. Sudah selesai, baru tambah 700 ml air (air + air rebusan daging), daging rebus, daun ketumbar, perencah, sos ikan dan tomato. Buka api besar, tutup periuk dan didihkan
  3. Bila sudah mendidih, perasakan mengikut citarasa dengan serbuk perasa, garam, hirisan asam limau hingga rasa masam pedas aroma sup. 
  4. Dah siap. Boleh taburkan dengn bawang goreng dan siap dihidang.

Resepi Singgang Daging

Resipi singgang daging dan cara buat singgang daging adalah seperti berikut:

singgang daging

Bahan-Bahan

  • Daging
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Lengkuas
  • Belacan
  • Cili api
  • Serai yang di ketuk
  • Asam keping

Cara Masak Singgang Daging

  1. Masukkan air sehingga mendidih baru masuk kan kesemua bahan kecuali asam keping
  2. Apabila bahan-bahan tadi sudah masak atau air sudah mendidih, baru masuk kan daging
  3. Tunggu daging separuh masak, baru masuk kan asam keping
  4. Kemudian masuk kan perasa seperti garam dan gula, seeloknya guna gula melaka
  5. Sudah siap dan dihidangkan.

Resepi Daging Blackpepper

Resipi daging blackpepper dan cara buat daging blackpepper adalah seperti berikut:

resepi daging blackpepper

Bahan-Bahan

  • 1/2 kg daging (potong nipis dan basuh)
  • 2 atau 3 biji kentang (potong ikut suka)
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 sudu makan lada hitam*
  • 3 sudu mkn sos tiram
  • 3 sudu mkn cili sos
  • Kicap lemak manis (tuang ikut hitam citarasa sendiri)
  • Garam dan perasa
  • 1 sudu mkn gula
  • Cili masak/cili hijau-belah
  • Cilipadi-5 atau 6 tangkai
  • 1 biji bwng besar-hiris bulat

Cara Masak Daging Blackpepper

  1. Blend bahan bertanda * terlebih dahulu
  2. Masukkan bahan yang sudah blend tadi bersama daging
  3. Masukkan cili sos, sos tiram dan kicap
  4. Gaul rata daging dan bahan
  5. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis daging tadi
  6. Masukkan kentang
  7. Masukkan garam, perasa dan gula
  8. Masak hingga daging dan kentang hingga empuk dan agak pekat (kalau daging belum empuk, boleh tambahkan air)
  9. Akhirnya, masukkan cili padi, cili belah dan bawang hiris
  10. Siap untuk dihidang atas pinggan.

Resepi Daging Goreng Madu Berempah

Resipi daging goreng madu berempah dan cara buat daging goreng madu berempah adalah seperti berikut:

daging madu

Bahan-Bahan

  • Daging
  • Jintan manis
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk cili
  • Serbuk kari
  • Serai
  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Garam dan gula
  • Madu
  • Cili

Cara Masak Daging Goreng Madu Berempah

  1. Mula-mula anda perap daging dengan jintan manis, serbuk lada hitam sedikit serbuk cili, sedikit serbuk kari, serai blender, halia, bawang merah, bawang putih blender, garam, gula dan madu. Perap seharian.
  2. Hari berikutnya, goreng daging tersebut dengan api sederhana.
  3. Dah agak masak masukkan bawang potong dan cili api ketuk
  4. Akhirnya, hias dengan daun sup dan bawang goreng
  5. Siap untuk dihidang.

Resepi Paprik Daging

Resipi daging paprik dan cara buat daging paprik adalah seperti berikut:

daging paprik

Bahan-Bahan

  • Setengah kilo daging. Jika liat, anda boleh rebus terlebih dahulu
  • Sebiji bawang Holland (potong dadu)
  • Sebiji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu cili kisar
  • 3 batang serai (potong kasar)
  • Seinci halia
  • 3 helai daun limau purut
  • Sedikit sos cili dan sos tomato
  • kicap manis
  • Kiub ayam/cukup rasa/perasa

Cara Masak Daging Paprik

  1. Tumis bahan yang dikisar sampai naik bau dan pecah minyak
  2. Masukkan serai, halia dan daun limau purut
  3. Masukkan daging dan tunggu sampai empuk
  4. Tambah sos cili, sos tomato dan kicap manis
  5. Kemudian, reneh sekejap hingga semua bahan mesra
  6. Akhir sekali masukkan bawang holland, tomato dan daun saderi
  7. Kini ianya siap dihidang.

Resepi Daging Bakar

Resipi daging bakar dan cara buat daging bakar adalah seperti berikut:

daging bakar

Bahan-Bahan

  • 2 keping daging batang pinang/strip loin/sirloin/rib eye (sebesar tapak tangan lelaki dewasa adan setebal 2cm)*
  • 2 sudu besar sos tiram*
  • 2 sudu besar kicap cair*
  • 1 ulas bawang putih- tumbuk halus*
  • 1 batang serai- dihiris nipis & ditumbuk halus*
  • 1 sudu kecil lada sulah*
  • 2 sudu besar gula perang*
  • 3 sudu besar susu cair*
  • 1 sudu kecil serbuk cili *
  • Sedikit serbuk perasa*
  • Sedikit minyak masak
  • 1 ketul arang size kecil
  • Aluminium foil

Cara Masak Daging Bakar

  1. Perap daging selama 3-4jam bersama semua bahan-bahan yang bertanda (*)
  2. Simpan daging yang diperap dalam peti sejuk terlebih dahulu ( jangan letak bahagian yang beku)
  3. Selepas 3 jam barakan arang, sambil-sambil itu boleh mula bakar daging atas pan. Letakkan sedikit minyak dulu dipermukaan pan. Bakar selama 10 minit sahaja (5 minit setiap bahagian permukaan). Tidak boleh terlebih masak dan gunakan api sederhana besar. Sebab kalau terlebih masak daging akan kering & agak liat. Kalau anda suka medium wellcukup setakat 7-8 minit sahaja masa membakar daging tadi.
  4. Setelah daging masak tutup api. Kemudian ambil arang yang telah berbara tadi dan letakkan diatas sekeping aluminium foil. Titiskan beberapa titis minyak masak atas arang ini akan menyebabkan arang mengeluarkan asap yang banyak dan letakkan arang dalam pan daging tadi.
  5. Tutup pan cepat-cepat dengan penutup yang rapat. Proses ini untuk mendapatkan rasa daging seperti dibakar dengan arang dan yang pasti ianya sememangnya menyedapkan lagi rasa daging bakar tu nanti. Biarkan asap menyelimuti daging selama 1-2 minit sahaja.
  6. Kemudian boleh angkat daging untuk dipotong & dihidangkan bersama sos pencicah.

Resepi Daging Harimau Menangis

Resipi daging harimau menangis dan cara buat daging harimau menangis adalah seperti berikut:

daging harimau menangis

Bahan-Bahan Perapan

  • 500 g (2 keping) daging (Striploin, Serloin atau Brisket) 
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk lumat
  • 1 sudu besar kecil garam
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar brown sugar.

Bahan-Bahan Sos Ala Thai

  • 6 ulas bawang putih ditumbuk
  • 10 biji cili api ditumbuk
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan nampla
  • 3 sudu brown sugar
  • 1 bawang merah hiris nipis
  • 2 biji cili api dihiris
  • 1 biji air perahan limau nipis atau lebih jika suka
  • Sedikit daun ketumbar dihiris halus

Cara Masak Daging Harimau Menangis

  • Campur kesemua bahan diatas kedalam daging dan perapkan. 
  • Perap selama 4 hingga 5 jam
  • Kemudian, daging-daging tersebut di salai diatas pan sahaja sehingga masak. Anda juga boleh bakar didalam oven atau gunakan sahaja periuk pemanggang ajaib

Sumber: hellokerja.com