Koleksi Resepi Sotong Masakan Yang Mudah Dan Sedap

Dalam artikel ini kami akan kongsikan koleksi resepi sotong yang boleh anda ikuti untuk hasilkan masakan sotong yang mudah dan sedap. Anda boleh salin senarai resipi sotong dibawah ini untuk memudahkan anda.

Koleksi Resepi Lain: Koleksi Resepi Kuih Raya Popular

Resepi Sotong

Berikut adalah senarai resipi sotong yang boleh anda cuba di rumah.

Resepi Sotong Goreng Tepung

Resipi sotong goreng tepung dan cara buat sotong goreng tepung adalah seperti berikut:

resipi sotong goreng tepung

Bahan-Bahan

  • 1 kig sotong – bersihkan, buang kulit hitam bahagian luar, potong bulat, cuci dan toskan
  • Tambahkan dengan 2 sudu besar cuka epal, gaul hingga rata kemudian ketepikan

Nota: Tujuan menambahkan cuka epal adalah utk mengelakkan sotong dari meletup ketika menggoreng. Tak perlu susah-susah lap sotong guna tisu atau tuala. Confirm tak meletup.

Bahan Tepung Salutan

  • 10 sudu besar tepung gandum
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • Garam
  • Serbuk kunyit

Gaul sebati semua bahan di atas. Dalam bekas lain pukul 2 biji telur hingga kembang

Sos Pencicah (Pilihan)

Gunakan 3 sudu besar sos thai dan 1 sudu besar mayonese. Kemudian gaul sebati sos, tabur dengan bijan jika suka.

Cara Masak Sotong Goreng Tepung

  1. Ambil sotong tadi campurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit lada hitam dan lada sulah. Gaul hingga sebati.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali hingga cukup panas, masukkan sotong dalam bekas telur kemudian golek-golekkan sotong dalam bekas tepung, pastikan semua bahagian sotong bersalut dengan tepung.
  3. Setelah itu, masukkan sotong satu persatu di dalam kuali, jangan masak terlalu banyak dalam satu-satu masa supaya suhu panas minyak cukup untuk merangupkan tepung salutan tadi. Masak hingga keperangan di dalam api sederhana besar.
  4. Angkat sotong guna penapis besi dan toskan di atas tisu dapur.
  5. Kaut semua kerak-kerak tepung untuk mengelakkan menjadi hangus. Goreng hingga habis.

Resepi Sotong Goreng Kunyit

Resipi sotong goreng kunyit atau resepi sotong masak kunyit dan cara buat sotong goreng kunyit adalah seperti berikut:

sotong masak kunyit

Bahan-Bahan

  • Setengah kg sotong dan bersihkan dan toskan
  • 1 biji bawang besar – hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih – ketuk
  • 2 tangkai cili merah – hiris
  • 7 biji cili api atau ikut kepedasan masing-masing – hiris
  • 1 inci halia – hiris nipis
  • Sebatang serai – ketuk
  • 1 keping asam keping
  • Setengah biji tomato – potong 3 bahagian
  • Serbuk kunyit
  • Garam

Cara Masak Sotong Goreng Kunyit

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga kekuningan.
  2. Masukkan asam keping, cili merah, cili api dan serbuk kunyit.
  3. Kemudian masukkan sotong dan perasakan dengan garam.
  4. Apabila sotong masak, masukkan tomato dan tutup api
  5. Sedia untuk di hidangkan

Resepi Sotong Masak Lemak Cili Padi

Resipi sotong masak lemak cili padi dan cara buat sotong masak lemak cili padi adalah seperti berikut:

sotong masak lemak cili padi

Bahan-Bahan

  • 1 kilo sotong segar
  • 2 cawan santan pekat – boleh tambah
  • 1 keping asam keping
  • 2 batang serai di titik
  • Garam secukup rasa

Bahan Ditumbuk Lumat

  • 3 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia *

Kalau kuah kurang tambah santan dan jika suka pedas tambah lagi cili. Tambah atau kurang bahan-bahan ikut selera sendiri ya.

Cara Masak Sotong Masak Lemak Cili Padi

  1. Bersihkan sotong dan di potong kecil serta ketepikan semua dulu .
  2. Tumbuk semua bahan sampai lumat
  3. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan tumbuk sampai wangi
  4. Masukkan santan, serai dan asam keping
  5. Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong, sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak
  6. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong masak dan boleh la ditutup api dapur.
  7. Sedia dihidangkan.

Resepi Sotong Masak Hitam

Resipi sotong masak hitam dan cara buat sotong masak hitam adalah seperti berikut:

sotong masak hitam

Bahan A

  • Sotong
  • Bawang kecil
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Kunyit
  • Belacan
  • Buah keras

Bahan B

  • Minyak
  • Cili kering – rebus dan kisar
  • Gula (gula tebu atau gula merah atau gula melaka)
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Dakwat hitam sotong

Cara Masak Sotong Masak Hitam

  1. Bahan bahan A diatas semuanya di kisar
  2. Panaskan kuali
  3. Kemudian masukkan bahan yang dikisar. Tumis sehingga garing.
  4. Masukkan cili kisar. Biar sampai garing lagi. 
  5. Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan air asam jawa
  7. Akhir sekali picit kan dakwat hitam itu untuk warna hitam nya.
  8. Sedia untuk dihidangkan

Resepi Sotong Sumbat Bakar Thai

Resipi sotong sumbat bakar thai dan cara buat sotong sumbat bakar thai adalah seperti berikut:

sotong sumbat bakar thai

Bahan-Bahan

  • Sotong saiz besar
  • Isi udang segengam
  • Telur 1 biji

Bahan-Bahan Sos

  • 5 ulas Cili kecil
  • 4 sudu gula
  • Secubit garam
  • 3 sudu cuka makan
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas Bawang merah
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit air
  • Hirisan daun ketumbar

Bahan-Bahan Kisar Inti:

  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 hirisan Halia

Cara Masak Sotong Sumbat Bakar Thai

  1. Hancurkan isi udang gaul dengan telur dan bahan Kisar.
  2. Sumbat inti tadi dalam sotong, ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu
  3. Bakar sotong sumbat tadi, guna pemanggang ajaib sahaja kemudian bila sudah masak potong sedikit tapi buat jangan bagi terpisah
  4. Blender atau tumbuk dan tumis semua bahan, boleh tambah bilangan cili ikut tahap kepedasan yang anda nak, masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
  5. Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan Siap untuk dimakan.
  6. Bahan-bahan mengikut kuantiti sotong dan saiz, selamat menjamu selera!

Resepi Rendang Sotong

Resipi sotong rendang dan cara buat sotong rendang adalah seperti berikut:

sotong rendang

Bahan-Bahan

  • Sotong
  • Serai*
  • Cili padi*
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Lengkuas*
  • Kunyit hidup*
  • Kerisik*
  • Daun limau purut*
  • Garam
  • Gula
  • Minyak

Cara Masak Sotong Rendang

  1. Kisar semua bahan yang bertanda (*)
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar bersama santan. Biarkan memekat. Kacau sebati
  3. Masukkan sotong dan biarkan seketika
  4. Masukkan daun limau purut yang dihiris kasar. Gaul lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  5. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan

Resepi Kerabu Sotong Ala Thai

Resipi kerabu sotong ala thai dan cara buat sotong kerabu ala thai adalah seperti berikut:

kerabu sotong ala thai

Bahan-Bahan

  • Setengah kilo sotong yang besar baru sedap
  • 1 batang serai*
  • 5 biji cili api merah*
  • 1 biji bawang*
  • 1 biji tomato*
  • 2 biji limau nipis
  • Fish sos (Tak dak ni tak power)
  • Daun ketumbar agak-agak sahaja

Cara Masak Kerabu Sotong Ala Thai

  1. Siang sotong nya sampai bersih, kemudian panaskan api didihkan air. Air dah mendidih masukkan sotong kacau sekejap lebih kurang 4 minit, jangan lama-lama nanti terlalu keras tak sedap.
  2. Dah masak boleh angkat masukkan ke dalam mangkuk besar mudah untuk gaul nanti.
  3. Barang-barang yang tanda (*) potong halus tomato dengan bawang jangan terlalu halus nanti tak sedap.
  4. Masukkan ke semua bahan-bahan yang dah dipotong halus tadi ke dalam sotong.
  5. Masukkan sedikit kicap ikan agak-agak jangan banyak sangat nanti masin.
  6. Masukkan garam dan gula, gaul sebati. Akhir sekali perah limau ikut kesukaan masing-masing nak masam macam mana.
  7. Daun ketumbar patah-patah kan sahaja letak sedikit ke dalam sotong yang dah siap digaul dan untuk hiasan bahagian atas pinggan.

Resepi Sotong Goreng Rempah

Resipi sotong goreng rempah dan cara buat sotong goreng rempah adalah seperti berikut:

sotong goreng rempah

Bahan-Bahan

  • Sotong besar 3 ekor
  • 2 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 2 ulas bawang merah – tumbuk halus
  • 2 cm halia (agak-agak) – tumbuk halus
  • 1 sudu kecil garam masala
  • 1 sudu kecil serbuk kari ikan
  • 2 sudu kecil sos tiram
  • 2 sudu kecil minyak masak
  • 2 biji cili (hiris serong)
  • 1 biji tomato (belah 6)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Masak Sotong Goreng Rempah

  1. Bersihkan sotong, perap dengan garam masala dan rempah kari ikan
  2. Panaskan minyak masak, goreng sotong sebentar kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk
  3. Goreng sampai naik bau wangi, kemudian masukkan sos tiram, cili dan tomato. Gaul sebati.
  4. Tambah air jika terlalu kering, ikut kesukaan masing-masing jika mahu sotong lebih berkuah. Biarkan renih seketika.
  5. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing
  6. Siap dihidangkan.

Resepi Sotong Masak Kicap

Resipi sotong masak kicap dan cara buat sotong masak kicap adalah seperti berikut:

sotong masak kicap

Bahan-Bahan

  • 5-6 ekor sotong size sederhana (di cuci bersih dan di potong)
  • Seulas bawang besar (size sederhana)
  • 2 ulas bawang putih
  • Sebiji cili merah
  • 2 hiris halia di racik halus
  • 1 batang Kulit Kayu manis
  • 3 – 5 butir buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar minyak
  • Garam secukup rasa
  • 2 cawan air

Cara Masak Sotong Masak Kicap

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis rempah 3 beradik dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih
  3. Bila dah berbau wangi, masukkan sotong
  4. Masuk kan kicap cair dan kicap pekat
  5. Gaul rata. Lepastu masukkan air
  6. Tunggu didih, masukkan cili dan garam.
  7. Gaul rata. Tutup api.
  8. Sedia untuk dimakan. Sedap di makan dengan nasi panas.

Resepi Sotong Masak Pedas

Resipi sotong masak pedas dan cara buat sotong masak pedas adalah seperti berikut:

sotong masak pedas

Bahan-Bahan

  • 6 ekor sotong – dipotong bulat dan dicelur dulu
  • 1 batang serai – dititik
  • 5 biji cili padi – dibelah dua atau dititik
  • 2 batang kacang panjang – dihiris
  • 1 biji tomato – dibelah
  • 4 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam dan gula

Bahan Kisar

  • 3 bawang merah
  • 2 bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Masak Sotong Masak Pedas

  1. Tumis serai dan bahan kisar sampai naik bau. Masukkan juga cili padi.
  2. Masukkan cili giling, sos tiram, sos cili dan sos ikan. Tambah air sikit, masak sampai pekat.
  3. Masukkan kacang panjang dan tomato. Kemudian masukkan sotong dan tunggu sotong masak. Tak perlu lama sebab sotong yang terlebih masak akan jadi keras.
  4. Masukkan garam dan gula.
  5. Akhir sekali, masukkan daun limau purut. Jangan masuk awal nanti pahit.

Tips

  • Boleh gantikan sos tiram dengan sos seafood juga.
  • Daun limau purut tu boleh dibuang tulang dan dihiris halus. Masukkan di hujung masa memasak.
  • Sayuran terpulang nak letak apa ikut selera dan kesesuaian. Atau letak lah apa yang ada dalam peti sejuk tu.
  • Antara pilihan sayuran: kacang buncis, bunga kobis, cendawan butang, putik jagung, lobak merah, kacang peas, cendawan tiram, lada benggala.
  • Resepi ni kalau kurangkan cili giling ke satu atau dua sudu besar je, sama je macam resepi paprik sebab bahan yang sama. Tapi resepi ni memang pedas sebab tu jadi sotong masak pedas.

Resepi Sotong Paprik

Resipi sotong paprik dan cara buat sotong paprik adalah seperti berikut:

sotong paprik

Bahan-Bahan

  • 5 – 6 ekor sotong saiz sederhana (saiz sejengkal orang dewasa)
  • 2 batang serai, diketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 5 batang putik jagung, hiris serong
  • Sebesar penumbuk bunga kobis, potong sekuntum2
  • 5 kuntum cendawan butang, belah 5 setiap 1
  • 1 biji cili hijau, hiris kasar
  • 6 biji cili padi merah, diketuk
  • 10 biji tomato ceri
  • 2 tangkai kacang panjang, potong pendek
  • 1 batang leek, kerat pendek dan rendam
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1 camca teh gula
  • Sos ikan secukup rasa
  • Sedikit air

Bahan-Bahan Sos

  • 2 camca besar sos tiram
  • 4 camca besar sos cili
  • 2 camca besar sos tomato

Cara Masak Sotong Paprik

  1. Sotong diasingkan kepalanya, buang muncung, mata dan dakwat sotong, cuci dan toskan. Bahagian badannya dihiris bulat, cuci dan toskan. Satukan bahan2 sos dan kacau rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 camca besar). Tumis bawang besar, bawang puti dan serai hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Guna api kecil dan kacau sentiasa. Tambah bahan2 sos, kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan bunga kobis, kacang panjang, leek (toskan dulu airnya) dan cili padi. Kacau rata dan tuang sedikit air.
  3. Masukkan sotong, kacau dan masak hingga sotong berubah warna. Tambah putih jagung, cili hijau, cendawan butang dan daun limau purut, kacau rata. Masukkan gula dan perasakan dengan sos ikan secukupnya. Akhir sekali tambah tomato ceri, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain. Selamat mencuba!.

Resepi Sotong Masak Merah

Resipi sotong masak merah dan cara buat sotong masak merah adalah seperti berikut:

sotong masak merah

Bahan A

  • 10 ekor sotong yang dipotong kecil, 
  • 2 camca kecil Sos Tomato Maggi, 
  • 2 camca kecil Sos Cili Maggi, 
  • 2 camca kecil Cili Kering, 
  • sedikit garam 
  • 1 biji Bawang Besar 
  • sedikit air

Bahan B (Dikisar)

  • 2 biji Bawang merah 
  • 2 biji bawang putih 
  • sedikit halia

Cara Masak Sotong Masak Merah

  1. Tumis bahan B hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering,sos tomato dan sos cili.
  3. Setelah itu masukkan sotong.
  4. Sedikit air agar masakan ini sedikit berkuah.
  5. Apabila sotong sudah masak masukkan bawang besar dan hidangkan.

Resepi Sotong Masak Thai

Resipi sotong masak thai dan cara buat sotong masak thai adalah seperti berikut:

sotong masak thai

Bahan-Bahan

  • Sotong stgh kilo
  • Bawang kecik 3 ulas
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia 1inci
  • Cili merah 2 biji
  • Cili melaka 6 biji
  • Lada hitam satu sudu kecik
  • Serai 3 btg
  • Semua di atas tumbuk ya
  • Sedikit jus limau
  • Sedikit pati ayam knoss
  • Garam dgn gula
  • Sedikit santan
  • Sebiji bwg besar(utk hiasan)
  • Daun bwg(Di Hiris)
  • Cili melaka 6 biji
  • Daun limau purut 5 helai

Cara Masak Sotong Masak Thai

  1. Panas kan minyak, Masukkan bhn2 yg d tumbuk tadi, Sampai pecah minyak masukkan Sotong.
  2. Masukkan sedikit kunyit serbuk
  3. Masak sampai kering.
  4. Masukkan jus limau pati ayam knoss. Garam dgn gula.
  5. Masukkan sedikit santan. Agak2 nk kering.
  6. Masukkan hiasan di atas.
  7. Dah siap selamat mencuba

Sumber: hellokerja.com