Resepi Kuey Teow Kung Fu

Dalam artikel kali ini, kami akan ajarkan resepi kuey teow kung fu, resipi kuey teow kungfu dan cara masak kuey teow kung fu.

Resipi lain: Resepi Nasi Goreng Kampung

Resepi Kuey Teow Kung Fu

Resipi Kuey Teow Kung Fu

Resipi bawah ini sedap dan mudah dimasak cuma memerlukan bahan-bahan yang banyak dalam penyediaan kuahnya. Apa yang istimewa denga kuey teow kung fu ini adalah kuey teow nya digoreng terlebih dahulu bersama telur dan kuahnya dituang kemudian sejurus sebelum dihidang.

Bahan-Bahan Kuey Teow Kungfu

  • 1 paket kuey teow, 500g
  • 1-2 biji telur
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Bahan-bahan untuk kuah:
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 mangkuk fishball atau fishcake
    • 1 mangkuk kecil hirisan isi ayam
    • 5 ekor udang
    • 3 ekor sotong
    • air, anggaran 3 cawan
    • sayur karot, hiris halus memanjang
    • bunga kobis
    • 3 batang jagung muda
    • sayur sawi
    • 1 sudu kecil lada sulah
    • 1 sudu besar serbuk pati ayam
    • garam secukup rasa
    • 1 biji tomato, belah 4
    • 6 biji cili padi, belah dua
    • 1 sudu besar tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
    • hirisan daun bawang
    • bawang goreng

Cara Masak Kuey Teow Kung Fu

Berikut adalah cara buat kuey teow kungfu

Cara-cara untuk Kuey Teow

  1. Bersihkan kuey teow dan toskan airnya. Bancuh telur dengan lada sulah dan kacau sebati.
  2. Panaskan sedikit minyak.
  3. Ambil kuey teow anggaran seorang makan dan masukkan dalam mangkuk.
  4. Tuang sedikit telur, kacau dan goreng di dalam kuali. Goreng kedua-dua belah kuey teow. Angkat dan ketepikan.

Cara-cara untuk Kuah

  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan.
  2. Masukkan ayam, fishball dan fishcake. Kacau seketika.
  3. Masukkan air dan tunggu hingga kuah mendidih kemudian msukkan sotong dan udang.
  4. Masukkan karot, jagung muda, bunga kobis dan sawi.
  5. Masukkan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam.
  6. Masukkan tomato dan cili padi, dan diikuti dengan air bancuhan tepung jagung. Kalau kurang pekat boleh tambah lagi tepung jagung.
  7. Tuang kuah di atas kuey teow dan tabur dengan hirisan bawang dan bawang goreng.

Tips Masak Kuey Teow

Jangan basuh kuey teow lama sangat kerana nanti kuey teow akan jadi lembik dan tak sedap bila digoreng. Lepas cuci, toskan kuey teow supaya kering air basuhannya.

Sumber: Resepi Che Nom