in

Resipi Laksa Johor Viral, Mudah Disediakan

resipi laksa johor

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan resepi laksa johor mudah dan sedap. Selamat mencuba.

Koleksi resepi: Koleksi Resepi Sotong Masakan Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Laksa Johor

Bahan-Bahan Diperlukan

  • 2 bungkus spaghetti.
  • 2 biji bawang besar.
  • 6 biji bawang merah.
  • 6 biji bawang putih.
  • 2 batang serai.
  • Sedikit halia.
  • Sedikit lengkuas.
  • Sedikit kunyit.

Blend kesemuanya kecuali spaghetti dan serai dimana perlu diketuk sahaja.

  • 4 senduk lada kisar/cili kisar (lada/cili kering).
  • 4 sudu besar rempah Kari ikan.
  • 4 sudu besar kerisik.
  • 2 kotak santan.
  • 4 Asam keping.
  • 4-5 ekor ikan ikan kembung/selar/selayang/parang) -apa sahaja jenis ikan.
  • 5-6 ekor Udang basah.
  • Udang kering (blend).
  • Ikan masin kurau (blend).

Rebus buang tulang dan blender isinya guna air rebusan. Tulang ikan blend asing dan tapis ambil airnya buat kuah.

Cara Masak Laksa Johor

Cara buat laksa johor adalah seperti berikut:

  1. Tumis bahan kisar dan serai hingga keluar minyak.
  2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dan lada kisar.
  3. Kemudian, masukkan isi ikan, udang basah, udang kering dan ikan masin yang telah dikisar, biarkan seketika sehingga mendidih.
  4. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
  5. Masukkan asam keping, kerisik dan santan.
  6. Masukkan garam dan gula perang/melaka.

Bahan hiasan tambahan:

  • Timun, Kacang panjang.
  • Daun kesum/Daun selasih.
  • Bunga kantan, Bawang holland.
  • Limau kasturi dan Sambal belacan.

Sumber: Nuryusra Ibrahim Kutty