Dalam artikel ini kami akan kongsikan Rukun Negara Malaysia seperti 5 Prinsip, Teks Rukun Negara & Sejarah Pembentukan yang dikongsikan oleh Rukun Negara Malaysia : 5 Prinsip, Teks & Sejarah Pembentukan (ecentral.my)
Lain: Bendera Malaysia : Maksud Warna & Lambang
Apa itu Rukun Negara Malaysia
Rukun Negara adalah satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Objektif & Prinsip Rukun Negara
Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh.
Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:-
BAHAGIAN PERTAMA
Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:-
• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat,
• Memelihara satu cara hidup demokratik,
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,
• Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan
• Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
BAHAGIAN KEDUA
Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara yang berikut:-
• Kepercayaan Kepada Tuhan
• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-undang
• Kesopanan dan Kesusilaan
Teks Rukun Negara
Kita pastinya begitu sinonim dengan teks Rukun Negara memandangkan kita sudah biasanya mengungkapkannya hampir setiap minggu ketika sesi perhimpuna sewaktu menuntut di sekolah rendah.
Teks Rukun Negara ini adalah seperti yang berikut:
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
- Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
- Memelihara cara hidup demokratik;
- Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama;
- Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
- Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
- KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih mendalam setiap prinsip dalam Rukun Negara, anda boleh merujuk pada e-buku Jabatan Penerangan Malaysia yang menerangkan dengan lebih terperinci setiap satu daripadanya.
Sumber: Rukun Negara Malaysia : 5 Prinsip, Teks & Sejarah Pembentukan (ecentral.my)