Contoh Sajak Merdeka (Sajak Kemerdekaan)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info Contoh Sajak Kemerdekaan & Koleksi Sajak Merdeka untuk memupuk semangat patriotisma

Lain: Koleksi Contoh Pantun Merdeka

Sajak Kemerdekaan

Berikut adalah info mengenai sajak merdeka yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Contoh / Koleksi Sajak Merdeka Oleh Sasterawan Negara (ecentral.my)

Apa itu Sajak

Sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan irama. Sajak mengungkapkan perasaan & pemikiran penyair secara imaginasi dan disusun dengan menumpukan semua aspek.

Contoh Sajak Kemerdekaan

1. Menyambut Merdeka

Sambutannya berulang lagi
saban tahun ia kembali
keranamu Malaysia aku di sini
menabur bakti ibu pertiwi.

Jalur gemilang berkibar megah
sana sini mencipta indah
namun segelintir tiada endah
satukan hati bukannya mudah.

Hanya Malaysia negara tercinta
pejuang bersusah untuk merdeka
jangan siakan apa yang ada
sayangilah tumpah darah kita.

– Za’aba

Sajak Merdeka bertajuk “Sajak Kemerdekaan: Menyambut Merdeka” ini merupakan karya Tan Sri (Dr.) Zainal Abidin bin Ahmad yang lebih dikenali sebagai Za’aba, seorang Sasterawan Negara Malaysia.

2. Senja Hari Merdeka

Seluruh kota gemerlap cahaya
tak siapa sempat berdoa
bersama decip burung
kala perwira kehilangan kaki dan sebutir mata.
Tak siapa sudi membawanya ke dataran pesta
jalan sesak pemimpin segak berarak
tanyalah padang yang menyaksikan
laungan pertama, ogos basah
juga hampir kehilangan nama di peta
di mana muzium sejarah
menghimpun getar nyilu perjanjian
ucapan hilang di telan zaman
padang merdeka menjadi taman jerigi
tiang-tiang pualam tumbuh
hotel bintang lima
membakar tapak silam
sebuah keaiban peradaban
memusnahkan warisan

– Siti Zainon Ismail

Sajak Merdeka bertajuk “Senja Hari Merdeka” ini merupakan karya Prof Dr Siti Zainon Ismail, tokoh Sasterawan Negara Malaysia yang ke-14.

3. Dilema Melayu

Maka bangkitlah seorang Hang Jebat
suaranya meningkah angin
melantun ke anjung istana Melaka
“ Raja adil raja disembah,
raja zalim raja disanggah.”

Terkejut Hang Tuah mendengar berita penderhakaan
gementar tubuhnya menyambut titah sultan
sambil tunduk memikirkan
Hingga air matanya mengalir
tidak tertahan-tahan
dadanya bagai akan pecah
dihempas gelombang serba salah.

Alangkah sukarnya membuat keputusan
untuk setia kepada raja yang zalim,
dan menzalimi kawan yang setia.

Bukan mudah untuk membuat pertimbangan
di antara membantah seorang tuan,
dan pentingnya mempertahankan ketuanan
melawan kerenah seorang raja
dan memelihara sebuah kerajaan.

Barangkali
apa yang kau pentingkan bukan seorang raja untuk hari ini
tetapi apa yang lebih aku bimbangkan
ialah bangsaku pada hari esok.

Sebuah lagi sajak saya yang dirangsang oleh episod pertikaman Tuah dan Jebat ialah Korban Hang Tuah

Jebat, tahukah kau betapa terseksanya aku
bila Bendahara membawa khabar tentang penderhakaanmu.

Semalam aku tidak tidur
gelombang serba salah menghempas ke dadaku
aku menimbang dan mengenang
kaulah sahabat yang kusayang
bagaimana dapat kutusuk keris itu ke badanmu.

Alangkah sukarnya membuat pilihan
jika aku pulang membunuh Jebat
aku akan kehilangan kawan
tapi jika aku membiarkan kau menderhaka
bangsaku akan kehilangan Tuah.

Lalu aku pilih untuk mengorbankan
sahabat kesayanganku sendiri
walaupun kelak aku dituduh sebagai pengampu
atau dikutuk kerana kesetiaan yang melulu.

Biarkanlah
kuharap disuatu waktu nanti
bila bangsaku berpecah belah
mereka akan menyedari
bahawa si Tuah bukan menentang Jebat
tetapi menentang penderhakaan dan perebutan kuasa
yang kupertahankan bukan raja
tetapi kerajaannya
tanpa kerajaan tidak kan wujud sebuah negara
tanpa negara apalah ertinya sebuah bangsa.

Jebat, aku mungkin tidak begitu bijaksana
tetapi inilah usaha terakhirku
agar tanah airku tidak akan hilang kerajaanya
bangsaku tidak akan hilang ketuanannya
dan Melayu tidak akan hilang di dunia.

– Zurinah Hassan

Sajak Merdeka bertajuk “Dilema Melayu” ini merupakan karya Dato Dr Zurinah Hassan, Sasterawan Negara wanita pertama di Malaysia.

4. Tanah Airku

sajak kemerdekaan
sajak kemerdekaan
Sajak Merdeka
sajak kemerdekaan
sajak kemerdekaan

5. Pertama dan Terakhir

Jauh kita berjalan
mendukung semua kepercayaan
pertama dan terakhir
sekarang kita sampai
ke puncak tiada tercapai
keazaman pantang cair

Kita bersua hati
mengisi setiap janji
pertama dan terakhir
tiada hari kiranya
hingga bernanah dada
sumpah tiada termungkir

Gemuruh kita bersorak
bumi dan langit retak
pertama dan terakhir
berani kita bergerak
darah dan daging serentak
hingga ke saat akhir

padu kita berhasrat
hingga bumi kiamat
pertama dan terakhir
kuat jantung berdetak
untuk berpaling tidak
biar di gelegak air

Rela kita mengangkat
cita bangsa berdaulat
ke puncak murni berukir!

– Datuk A Samad Said

Sajak Merdeka bertajuk “Pertama dan Terakhir” ini merupakan karya Datuk Seri (Dr) Abdul Samad Mohamed Said yang dianugerahkan Sasterawan Negara pada tahun 1985.

6. Pahlawan dan Tanah Air

Pahlawan sejati
dalam hatinya bernyanyi.
Tanahair dan bangsa
di mana terpaut cinta mulia.

Untukmu darah ini mengalir
padanya jasad ini cair

– Usman Awang

Sajak Merdeka bertajuk “Pahlawan dan Tanah Air” ini merupakan karya Dato’ Usman Awang, seorang Sasterawan Negara Malaysia yang terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant.

Kredit: Jendela DBP

Sumber: Contoh / Koleksi Sajak Merdeka Oleh Sasterawan Negara (ecentral.my)