Contoh Ucapan Selamat Hari Guru & Puisi Pantun Guru

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai contoh ucapan selamat hari guru serta puisi untuk guru & pantun untuk guru

Lain: Tema Hari Guru

Selamat Hari Guru

Berikut adalah maklumat mengenai ucapan hari guru yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://ecentral.my/selamat-hari-guru/

Contoh Ucapan Selamat Hari Guru

Tema & Tarikh Sambutan

Hari Guru akan disambut pada 16 Mei 2023. Guru Insani Pemangkin Generasi Madani telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek sebagai tema sambutan Hari Guru pada tahun ini.

selamat hari guru

Berikut dikongsikan ucapan Selamat Hari Guru 2023 yang boleh digunakan khas untuk guru-guru tersayang.

  1. Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Jasa guru tiada ternilai, mendidik kita hingga berjaya
  2. Berkongsi kasih, menyemai sayang.. Walau budi guru tidak terbalas, mendidik anak bangsa.
  3. Diri ini asalnya sehelai kain putih. Terima kasih buat guru-guru yang sudi mencorakkannya. Kegigihanmu dalam mendidik akan dikenang selalu.
  4. Guru ibarat setang lilin yang sanggup membakar dirimu demi menerangi alam kegelapan. Jasamu amat kami sanjungi. Terima kasih cikgu!
  5. Hidup kami tandus, tanpa kata-katamu yang halus dan
    bijak. Kaulah guru, penerang hidup kami!
  6. Kelulusan dan keikhlasanmu membimbing kami, memberi kami seribu satu harapan di saat kami lemah dan berputus asa. Kau tak pernah menyerah dan mengaku kalah
    hingga terbalasnya segala usaha kami, bahkan doa dan air mata ibu bapa kami. Terima kasih guruku yang mulia.
  7. Wahai guru, terima kasih kerana memberiku peluang untuk mencapai cita-citaku. Menukar angan-angan kepada usaha. Mengubah impian kepada azam. Menabur ilmu kepada kami yang serba tidak tahu. Setiap pengorbananmu hanya Tuhan yang dapat membalasnya.
  8. Orang hebat dapat melahirkan beberapa karya bermutu. Namun, guru yang bermutu dapat melahirkan ribuan orang-orang hebat.
  9. Seorang guru adalah insan yang luarbiasa, mentor dan pendamping yang sangat hebat. Terima kasih untuk semuanya. Kaulah inspirasiku!
  10. Cikgu, Terima kasih kerana telah mempercayaiku ketika tidak ada orang lain yang melakukannya, termasuk diriku sendiri.
selamat hari guru
selamat hari guru
selamat hari guru
selamat hari guru
selamat hari guru

Sumber: Erny Yusniza Saad

selamat hari guru
selamat hari guru
selamat hari guru
selamat hari guru
selamat hari guru

Contoh Pantun & Puisi Untuk Guru

Guru Oh Guru (Usman Awang, 1979)

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

selamat hari guru ucapan

Hadis Tentang Guru

Antara hadith-hadith yang diriwayatkan bertaraf sahih atau hasan berkenaan kelebihan guru atau pendidik adalah:

  • Diriwayatkan oleh Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW:

وَإِنَّ فَضْلَ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ عَلَى سَائِرِ الكَوَاكِبِ

Maksudnya: “Sesungguhnya kelebihan orang yang alim dibanding dengan ahli ibadah adalah seperti bulan pada malam purnama atas seluruh bintang-bintang”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 3157]

  • Diriwayatkan oleh Abu Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW:

وَإِنَّ العُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ ، وَإِنَّ الأَنْبِيَاءَ ، لَمْ يُوَرِّثوا دِيْنَارًا ، وَلَا دِرْهَمًا ، إِنَّمَا وَرّثوا العِلْمَ ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sungguhpun para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka telah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambil warisan tersebut maka dia telah mengambil bahagian yang banyak.”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 3157]

  • Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW:

فَضْلُ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِيْ عَلَى أَدْنَاكُمْ

Maksudnya: “Kelebihan orang yang alim dibanding dengan ahli ibadah adalah seperti kelebihanku atas orang yang paling rendah di antara kamu semua”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]

  • Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِيْ جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوْتَ لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الخَيْرَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]

  • Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَلاَ إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلاَّ ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالاَهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ

Maksudnya: “Ketahuilah ! sesungguhnya dunia dan segala isinya adalah dilaknat kecuali dengan berzikir kepada Allah SWT dan apa yang terlibat dengannya, serta orang yang alim (tahu) atau orang yang belajar”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2244]

  • Diriwayatkan oleh Muaz bin Anas RA, bahawa Rsulullah SAW:

مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ العَامِلِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang  mengamalkannya sedikitpun”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236]

Sumber: https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1141-irsyad-al-hadith-siri-ke-66-hari-guru-hadith-hadith-berkaitan-kelebihan-guru-dan-feqahnya

Sumber: https://ecentral.my/selamat-hari-guru/