Cara Semakan Keputusan SPM 2020 Pada 10 Jun 2021

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 akan diumumkan pada tarikh berikut seperti di bawah ini. Dalam artikel ini, kami akan turut sertakan info cara semak keputusan SPM 2020.

Bacaan lain: Sijil SPM Hilang? Dapatkan Semula Secara Walk In Atau Pos Dengan Mudah

Cara Semak Keputusan SPM

Tarikh Keputusan SPM

Tarikh keputusan SPM 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021 mulai jam 10.00 pagi. Anda boleh buat semakan keputusan SPM menerusi cara di bawah ini.

Semakan Keputusan SPM

Untuk membuat semakan keputusan, calon sekolah dan calon persendirian boleh menggunakan kaedah berikut:

  1. Secara dalam talian di portal Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my atau https://elp.moe.gov.my/ untuk mendapatkan keputusan penuh
  2. Menerusi khidmat SMS u tuk mendapatkan ringkasan meputusan SPM 2020 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 Jun hingga 6.00 petang pada 17 Jun 2021.

Bagi calon yang tidak mempunyai talian internet di rumah, pihak sekolah akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk membuat semakan. Sila rujuk kenyataan penuh KPM di bawah dari Kementerian Pendidikan MalaysiaDr Radzi Jidin:

Cara Buat Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

Jika anda rasa tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima, anda boleh membuat rayuan untuk semak semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM.

Biasanya anda boleh membuat semak semula keputusan SPM dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM 2020.

Permohonan online semak semula keputusan SPM boleh dibuat melalui kaedah-kaedah seperti berikut :-

  1. Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan di elp.moe.gov.my
  2. Pilih Menu Perkhidmatan
  3. Pilih tab > Semak Semula
  4. Tekan butang ‘Pilih Semak Semula SPM’

NOTA: Tarikh buka permohonan akan dimaklumkan oleh KPM dari semasa ke semasa. Bayaran yang dikenakan RM100.00 setiap matapelajaran.

Keputusan permintaan/permohonan akan ditandatangani dengan surat rasmi dalam waktu dua (2) bulan dari tanggal tutup permohonan. Hasil semakan adalah muktamad dan rayuan yang berbeza tidak akan diterima.

Untuk membuat permohonan semakan secara manual, sila rujuk panduan berikut: Panduan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan SPM

Sumber: Harian Post