Sijil Berhenti Sekolah : Cara Mohon

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Sijil Berhenti Sekolah : Cara Mohon & Kepentingan

Lain: Cara Jawab Soalan Tell Me About Yourself Dalam Temuduga

Apa itu Sijil Berhenti Sekolah?

Sehelai sijil sekolah mengandungi maklumat peribadi murid seperti nama, nombor pengenalan, nama ibu bapa atau penjaga,nombor sijil kelahiran, nama sekolah dan pelbagai lagi maklumat berkaitan diri.

Kebiasaannya sijil ini akan memuatkan rumusan tentang penglibatan seseorang murid tersebut di sesebuah sekolah sepert nama kelab / persatuan, badan beruniform dan sukan yang disertainya.

Sijil ini juga biasanya turut menyenaraikan pencapaian dan jawatan yang disandang oleh seseorang murid tersebut sepanjang pengajian di sekolah.

Sijil ini akan dikeluarkan sebaik sahaja murid tersebut menamatkan peperiksaan Sijli Pelajaran Malaysia (SPM) dan ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar yang bertugas ketika itu.

Kepentingan Sijil Berhenti Sekolah

Sijil Berhenti Sekolah

Berikut merupakan kepentingan Sijil Berhenti Sekolah

  1. Penarafan pihak sekolah
  2. Kebolehpercayaan murid
  3. Bukti penglibatan murid
  4. Untuk mohon kerja
  5. Untuk mohon sambung belajar, terutamanya selepas SPM

Cara mohon Sijil Berhenti Sekolah

Anda tidak perlu memohon untuk mendapatkan Sijil Berhenti Sekolah ini.

Hadirkan diri ke pejabat pentadbiran sekolah anda dan minta sahaja daripada pegawai yang bertugas untuk mendapatkan dokumen penting ini.

Sijil hilang. Apa perlu dibuat?

Sekiranya anda kehilangan sijil ini, anda boleh mendapatkan salinan Sijil Berhenti Sekolah ini dengan menghadirkan diri ke pejabat pentadbiran sekolah anda.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda sudah menamatkan pengajian dalam tempoh yang terlalu lama, misalnya 10 tahun, besar kemungkinan maklumat peribadi anda telah dilupuskan oleh pihak sekolah.

Jangan risau. Dalam hal ini, anda masih boleh mendapatkan sijil anda dengan mendapatkan bantuan daripada Pengetua / Guru Besar terkini yang sedang berkhidmat di sekolah tersebut.

Pihak kerani mungkin akan meminta beberapa maklumat daripada anda memandangkan mereka tidak lagi menyimpan maklumat peribadi diri anda yang sudah terlalu lama da mungkin telah dilupuskan.

Diharapkan info sijil berhenti sekolah ini dapat memberikan anda info baru yang berguna

Sumber: Sijil Berhenti Sekolah: Kepentingan dan Cara Mohon (ecentral.my)