Solat Istikharah : Panduan, Niat, Doa

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Solat Sunat Istikharah : Cara tunaikan & doa memohon pilihan yang baik

Lain: Cara Solat Taubat Niat Dan Doa Taubat

Apa itu Solat Istikharah

Istikharah ialah solat sunat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam memilih atau melakukan sesuatu perkara atau urusan.

Hukum Solat Istikharah

Hukum solat isktikharah adalah sunat.

Solat sunat Istikharah sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu malam (qiamullail) bersama-sama solat tahajjud dan solat taubat.

Cara Solat Istikharah

Cara mengerjakan solat Istikharah ini amat mudah iaitu:

  1. Niat : Usolli sunnatal istikharati rak’ataini lillahi taala (أصلي سنة الإستخارة ركعتين لله تعالى)
  2. Rakaat yang pertama selepas membaca al-Fatihah seperti biasa, anda boleh membaca surah al-Kafirun atau mana-mana surah pilihan
  3. Rakaat yang kedua selepas membaca al-Fatihah, anda boleh membaca surah al-Ikhlas atau mana-mana surah pilihan
  4. Setelah selesai solat, berdoalah dengan doa yang telah diajarkan oleh Nabi ataupun doa-doa yang sesuai seperti doa di bawah

Doa Istikharah

Berikut adalah doa solat Istikharah

Ya Allah, aku memohon petunjuk kepadaMu dengan ilmuMu, memohon ketetap dengan kekuasaanMu, dan aku memohon kurniaanMu yang sangat agung keranan sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.

Ya Allah! Jika jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (SEBUTKAN SECARA LANGSUNG URUSAN YANG DIMAKSUDKAN) adalah sesuatu yang baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan akibat perbuatanku ini, atau ia baik untukku dalam masa terdekat atau masa hadapan, maka tetapkan ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku.

Berkatilah ditiku padanya kerana Engkau Maha Mengetahui (SEBUT SEPERTI SEBELUM INI).

Jika ia tidak baik untukku, jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada.

Kemudian, jadilah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

Diharapkan info solat istikharah di atas ini dapat memberikan info baru yang berguna

Sumber: Solat Sunat Istikharah & Doa Memohon Pilihan Yang Baik – JAKIM (ecentral.my)