Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Niat & cara solat sunat sebelum solat jumaat atau Qabliyah Jumaat yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat – Tatacara Menunaikan (ecentral.my)

Lain: Lafaz Niat Solat & Bacaan Dalam Solat (Panduan Lengkap Rumi)

Solat Sunat Sebelum Jumaat 

Solat sunat sebelum Jumaat atau Qabliyah Jumaat adalah solat sunat yang dikerjakan sama seperti solat sunat sebelum solat fardhu Zuhur. 

Solat sunat ini boleh ditunaikan empat rakaat dengan dua salam. Dua rakaat yang pertama adalah sunat yang muakkad, sedangkan dua rakaat yang terakhir adalah sunat yang bukan muakkad.

Solat Sunat Rawatib Muakkad (Amat Dituntut)

Solat sunat rawatib ini dilaksanakan oleh Rasulullah SAW secara istiqamah, konsisten dan berterusan yang mana Baginda sama sekali tidak pernah meninggalkannya.

Solat Sunat Rawatib Bukan Muakkad (Baik Jika Dilakukan)

Solat sunat rawatib ini menjadi amalan kebiasaan Rasulullah SAW yang mana kadangkala Baginda melakukannya dan kadangkala Baginda meninggalkannya.

Dalam kitab Radd al-Mukhtar, Ibn Abidin berkata sunnah merupakan sesuatu yang menjadi konsistensi dan kebiasaan Rasulullah SAW.

Jika sunnah itu tidak pernah ditinggalkan oleh Baginda, maka ia adalah sunnah muakkad. Sebaliknya jika sunnah itu adakalanya ditinggalkan oleh Baginda, maka ia adalah sunnah bukan muakkad.

Waktu Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat

Solat sunat Qabliyah Jumaat boleh ditunaikan diantara dua azan, iaitu sebelum khatib naik ke mimbar untuk memberi khutbah.

Apabila khatib berkhutbah di atas mimbar, maka ditegah untuk solat kecuali solat sunat tahiyatul masjid.

Cara Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat

Berikut adalah tatacara menunaikan solat sunat sebelum solat jumaat

Rakaat Pertama

1. Takbiratul ihram & Niat Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat

Niat Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat

Niat Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat Rumi: Usolli Sunnatal Jum’ati Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Taala 

Maksud: Sahaja aku solat sunat sebelum jumaat dua rakaat kerana Allah Taala

2. Membaca Al Fatihah.

3. Membaca Surah Pilihan.

4. Rukuk.

5. Iktidal.

6. Sujud.

7. Duduk di antara dua sujud.

8. Sujud kedua.

Rakaat Kedua

1. Mulakan dengan Lafaz Takbir intiqalat – takbir permulaan. 

2. Membaca AlFatihah.

3. Membaca Surah Pilihan.

4. Rukuk.

5. Iktidal.

6. Sujud.

7. Duduk di antara dua sujud.

8. Sujud kedua.

9. Tahiyat Akhir.

10. Memberi salam.

Sumber: Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat – Tatacara Menunaikan (ecentral.my)