Speed Test Unifi : Check Speed Test TM Internet Unifi Online

Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan cara speed test tm, speed test unifi, speed test tm unifi, unifi speedtest dengan pelbagai cara mudah. Cara buat aduan unifi juga disediakan bagi mereka yang tidak puas hati atau rasa tertipu dengan speed test unifi.

Artikel berkaitan: Cara Check Coverage Telco Yang Paling Laju Di Kawasan Anda

Speed Test Unifi

Anda boleh layari laman di bawah ini untuk cara buat speed test yang dikongsikan oleh Therohani.

Speed Test TM

Speedtest Unifi (speedtest.tm.com.my)

Ini ialah servis rasmi dari Telekom Malaysia. Sila rujuk panduan di bawah untuk membuat ujian kelajuan.

  1. Sila pergi ke speedtest.tm.com.my
  2. Klik butang GO
  3. Ujian kelajuan Download akan berjalan
  4. Selesai ujian Download, tunggu ujian Upload
  5. Anda akan melihat keputusan PING, JITTER, DOWNLOAD dan UPLOAD

Apa Maksud PING

Apa maksud Ping? Ping atau latency ialah tempoh masa yang diambil untuk peranti anda berhubung dengan cell tower yang terdekat, ini bermakna lagi sedikit masa yang diambil adalah lebih bagus.

Ping dikira menggunakan ukuran milisaat (ms), jadi semakin rendah nilai ping, semakin cepat data dapat dihantar.

Apa Maksud JITTER

Apa maksud Jitter? Secara teknikalnya, ia merupakan variasi terhadap kelewatan paket dan atency isyarat yang dipindahkan dari satu peranti kepada peranti yang lain.

Jitter boleh memberi impak negatif terhadap pengalaman pengguna jika ia terlalu tinggi.

Jitter yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan paket sedangkan untuk mengekalkan kehilangan paket yang rendah adalah penting untuk beberapa jenis perkhidmatan internet seperti untuk panggilan suara ataupun permainan online.

Apa Maksud DOWNLOAD

Apa maksud Download? Kelajuan download pula ialah tempoh masa untuk menarik data dari server kepada pengguna, kebanyakan sambungan direka untuk download lebih laju dari upload kerana kebiasannya aktiviti online adalah seperti memuat laman web dan video streaming. Kelajuan download diukur dalam megabit sesaat (mbps). 

Apa Maksud UPLOAD

Apa maksud Upload? Kelajuan upload pula bermaksud kepantasan menghantar data kepada pihak lain, Upload perlu untuk menghantar fail besar seperti menerusi e-mel. Kelajuan upload diukur dalam mbps.

Speed Test Unifi Di Fast.com

Fast.com ialah satu servis yang disediakan oleh Netflix.

  1. Pergi ke fast.com
  2. Anda tidak perlu buat apa-apa
  3. Tunggu sehingga ujian selesai dijalankan
  4. Ujian selesai jika anda melihat “Your Internet speed is”
  5. Jika anda tercari-cari di manakah Download speed, ia betul-betul berada di bawah “Your Internet speed is”
  6. Klik Show more info untuk maklumat lanjut

Speed Test TM Unifi Di Speedtest.net

Penyedia speedtest.net ialah Ookla. Ia merupakan laman web paling popular di dunia untuk menguji kelajuan internet anda.

Tidak hanya untuk Unifi dan Streamyx, ia juga boleh menguji kelajuan rangkaian internet telefon pintar anda, ia boleh didapati dalam versi iOS dan Android. Lebih mudah untuk melakukan speed test Unifi.

Antaramukanya lebih kurang sama dengan laman rasmi speedtest.tm.com.my. Apa yang menariknya jika menggunakan speedtest.net ini, kita boleh memilih mana-mana lokasi serveryang bukan dari TM.

Ini bermakna, kita boleh mengukur kelajuan jika berdasarkan lokasi yang berlainan dan menggunakan penyedia lain seperti:

  • Kuala Lumpur – IN NET
  • Kuala Lumpur – U Mobile
  • Puchong – REDTone Telecommunications Sdn Bhd
  • Petaling Jaya – webe Digital Sdn Bhd
  • Petaling Jaya – Digi Malaysia
  • Cyberjaya – IP Core Sdn Bhd
  • Petaling Jaya – Celcom Axiata
  • Cyberjaya – Global Forway Sdn Bhd
  • Kuala Lumpur – Yes 4G
  • Cyberjaya – IX Telecom
  • Kuala Lumpur – YTL Broadband
  • Kuala Lumpur – Macro Lynx Sdn Bhd
  • Kuala Lumpur – Celcom Axiata
  • Kuala Lumpur – Exabytes Cloud Sdn Bhd
  • Brickfields – webe Digital Sdn Bhd
  • Kuala Lumpur – Extreme Broadband Sdn Bhd
  • Kuala Lumpur – MyKRIS Asia Sdn Bhd
  • Putrajaya – UNIVERSITI TENAGA NASIONAL
  • Dumai – PT. Mayatama Solusindo
  • Pekanbaru – PT. Telekomunikasi Indonesia

Dengan adanya pilihan lokasi seperti di atas, anda boleh buat Unifi speed test untuk mengukur kelajuan dari lokasi yang berhampiran, dan juga lokasi yang berjauhan.

Jika kelajuan di lokasi berdekatan juga sangat perlahan, ada kemungkinan ada masalah dengan penyedia tersebut.

Kenapa Internet Perlahan

Kenapa Wifi Perlahan? untuk makluman, berikut ialah antara sebab Internet di rumah anda perlahan.

  • Kedudukan router yang agak jauh daripada peranti boleh menyebabkan isyarat Wifi kebiasannya akan menjadi tidak kuat dan tidak stabil.
  • Router yang terlalu panas juga menjadi punca, jangan biarkan ia terdedah dengan cahaya matahari, pastikan ia sentiasa di tempat yang terlindung.
  • Turut menjadi punca kepada gangguan isyarat Wifi ialah terdapatnya beberapa barangan elektrik seperti peti sejuk, pembesar suara dan telefon tanpa wayar berhampiran. Jadi letaklah router anda jauh daripada peralatan elektronik berkenaan.
  • Sekiranya, tahap kelajuan internet masih tidak berada pada tahap sepatutnya, anda juga disaran untuk menutup (off) modem atau router anda selama lima mini, kemudian membukanya semula dan menguji kelajuan internet anda semula. Selepas itu, baru boleh buat Unifi speed test semula.
  • Sebab lain yang mungkin turut menyumbang kepada talian internet menjadi perlahan adalah kerana perisian hasad yang terdapat di dalam komputer.
  • Sehubungan itu, anda juga di saran untuk memasang antivirus yang berkualiti juga sentiasa mengemas kini antivirus berkenaan.
  • Faktor ruang kosong cakera keras di komputer riba yang semakin terhad selain komputer riba yang uzur juga penyumbang kepada permasalahan ini.
  • Tiada jalan lain, jadi anda mestilah pindahkan data-data yang jarang digunakan ke tempat lain seperti di cakera keras mudah alih dan menaik taraf ram komputer riba anda . Anda pasti nanti dapat berasakan perbezaan kelajuan internet anda.

Sumber: Therohani