Skip to content

Nadz.my

  • Utama
  • Istimewa
  • Kesihatan
  • Resipi
  • Tips

Nadz.my

  • Utama
  • Istimewa
  • Kesihatan
  • Resipi
  • Tips
  1. Home
  2. Umum
  3. Spot-Me : Login, Daftar & Semak Waktu Masuk / Keluar

Spot-Me : Login, Daftar & Semak Waktu Masuk / Keluar

14 September 2025
spot-me

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Spot-Me atau SpotMe yang diperkenalkan pada tahun 2021.

Lain: Cuti Tanpa Gaji (CTG) : Syarat & Cara Mohon

Isi Kandungan Tunjuk
Apa itu Spot-Me
Sejarah SpotMe
Objektif / Fungsi Spot-Me
Peringkat perlaksanaan SpotMe
Cara Login SpotMe
Pertanyaan SpotMe

Apa itu Spot-Me

SpotMe ialah Sistem Pemantauan Operasi Tugas Pegawai yang telah dibangunkan oleh pihak MAMPU.

SpotMe merupakan sistem perakam waktu masuk dan keluar pejabat atau mana-mana lokasi kerja yang diarahkan bagi kakitangan sektor awam.

Sistem ini membolehkan rakaman waktu masuk dan keluar dilaksanakan secara dalam talian menerusi pelayar web yang pelbagai.

Dengan menggunakan sistem ini juga, pegawai yang berperanan sebagai Penyelia boleh memantau tugasan pegawai di bawah seliaannya secara harian.

Ianya telah dicadangkan untuk peluasan penggunaannya di agens kerajaan yang lain pada tahun 2021.

SpotMe berfungsi sebagai sistem perakam waktu masuk dan keluar pejabat atau mana-mana lokasi kerja yang diarahkan dilaksanakan berdasarkan fungsi geolokasi peranti mudah alih secara atas talian menerusi pelayar web.

Dengan sistem ini, segalanya boleh dilakukan melalui internet tanpa perlu bergantung kepada sistem manual yang sudah ketinggalan zaman dan menyukarkan.

Sejarah SpotMe

SpotMe diperkenalkan secara berperingkat kepada pelbagai agensi kerajaan.

Berikut merupakan sejarah bagaimana idea penciptaan sistem ini tercetus.

  1. Surat Pekeliling Am Bil. 1/2004 – Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan
  2. Pekeliling Perkhid. Bil. 11/2017 – Pelaksanaan Kebenaran Keluar Awal Satu Jam kepada Pegawai Wanita Mengandung
  3. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2019 – Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) di Agensi Kerajaan Persekutuan
  4. JPA SARAAN(S) 256/6/31 JLD. 6(2) – Arahan Bekerja Dari Rumah
spot-me

Objektif / Fungsi Spot-Me

Sistem SpotMe ini dibangunkan untuk mencapai objektif-objekt yang berikut:

  1. Merekod waktu daftar masuk dan keluar di pejabat atau dari mana-mana lokasi
  2. Mengurus isu kehadiran pegawai
  3. Menjana transaksi kehadiran pegawai.
  4. Memantau tugasan pegawai di bawah seliaan.

Peringkat perlaksanaan SpotMe

Berikut merupakan peringkat-peringkat pengenalan sistem SpotMe:

  1. Mula 2020
  2. MAMPU 8/2020
  3. JPA 11/2020
  4. UKAS 12/2020
  5. JPJ 1/2021
  6. MOT 2/2021
  7. CAAM 3/2021
  8. I-LEAD 3/2021
  9. MARDI 2/2021
  10. JAWHAR 2/2021

Cara Login SpotMe

SpotMe boleh diakses daripada laptop peribadi, komputer atau peranti mudah alih anda.

Sistem ini boleh diaksess melalui pautan http://spotme.mampu.gov.my

ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dibekalkan oleh pentadbir sistem kepada pengguna kali pertama.

Pertanyaan SpotMe

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah ketika menggunakan sistem Spot-Me ini, boleh berhubung terus dengan pegawai bertugas seperti yang tertera di bawah:

MAMPU, Jabatan Perdana Menteri,
Level 3, Blok B, No. 3200,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2,
63000 Cyberjaya, Selangor
Telefon: +603 8000 8000
Emel: spotme@mampu.gov.my

Artikel Berkaitan

Healing : Maksud & Cara

Healing : Maksud & Cara

Tarikh Hari Ibu 2024 Malaysia

Tarikh Hari Ibu 2024 Malaysia

Ini Tanda Perempuan Suka Kita Dalam Diam

Ini Tanda Perempuan Suka Kita Dalam Diam

Kepentingan Keluarga Bahagia Dan Harmoni (Contoh Karangan)

Kepentingan Keluarga Bahagia Dan Harmoni (Contoh Karangan)

  • Contact Us
  • Hubungi
  • Penafian
2025 © Nadz.my